Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Sunday, January 16, 2011

NoPen : Kau Cinta 3

Telah ramai yang tertanya-tanya kepada diriku kenapa aku begitu cepat membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara sedangkan Rafiq sendiri berada di Malaysia. Yup! Dia kawan aku. Kemana sahaja Rafiq, di situlah ada aku dan begitu juga sebaliknya. Mereka hairan lebih-lebih lagi Rafiq, kenapa tidak mahu sama-sama melanjutkan pelajaran di tempat yang sama sedangkan kami sudah berjanji?

Aku segan sebenarnya. Tak mungkin aku biarkan keluarga Rafiq asyik menabur budi kepadaku sedangkan aku segan menerimanya dan takut-takut aku tidak mampu membalas budi mereka. Walaupun kami berdua sememangnya rapat sejak sekolah menengah dulu dan mengharungi cabaran hidup sebagai pelajar bersama-sama, aku masih dengan perasaan itu. Dan lebih-lebih lagi bila aku mengetahui Rafiq sudah mempunyai cinta hatinya iaitu Syafiqah yang sebaya dengan kami dan bersekolah di sebelah sekolah kami. Ku pendekkan saja ceritanya. Aku pernah menaruh hati terhadap Rafiq. Tapi,aku pendamkan saja kerana tidak mahu menjejaskan ikatan persahabatan kami. Hanya rakan sekelas aku saja yang mengetahuinya dan sama-sama berjanji menyimpan rahsia. Rafiq tidak satu kelas dengan aku bila kami di tingkatan 4. Dan rasa ini mula hadir tanpa dia menyedari bila hanya kami berdua berjauhan bila waktu kelas. Atas sebab itu lah aku membuat keputusan untuk ke UK bagi memberi peluang kepada Rafiq dan Syafiqah bersama tanpa aku yang sering kali diheret sama setiap kali mereka berdua berdating dan disamping itu aku cuba menghapuskan perasaan itu sepanjang aku di UK.

Aku masih tidak berjaya menepis perasaan itu. Namun,tanpa membuat Rafiq merasa ragu,aku masih berlagak seperti biasa. Di setiap email aku,masih ada kata-kata gurauan yang mungkin membuat orang lain membacanya salah faham. Apa tidaknya, bahasa yang kami gunakan bagaikan orang bercinta sahaja sedangkan ianya tidak. Tak tahu lah kalau Rafiq. Dia hanya sekadar bergurau atau serius? Seyakin aku tidak. Yalah. Masakan Rafiq boleh jatuh cinta terhadap Syafiqah. Aku tersenyum sendirian. Kenapa aku mesti jatuh cinta kepada sahabat sendiri.

-------------------

Di ruang legar Lapangan Terbang Miri,aku bagaikan orang hilang akal. Kemanakah aku harus pergi? Begitu besar perubahan yang telah dilakukan. Lima tahun sebelumnya tidaklah secantik dan secanggih ini. Aku terlopong melihat suasana ini. Tanpa membuang masa,aku lantas keluar dari situ dan menyewa sebuah teksi.

"Pakcik, hantar saya ke Sunlight Garden."

Didalam teksi,aku pantas mencari-cari kunci rumahku. Alhamdulillah jumpa jua akhirnya. Di dalam email semalam aku sengaja tidak memberitahu Rafiq bahawa hari ini aku datang ke miri dan juga tidak menyatakan bahawa aku sudah di Malaysia. Sebaliknya,aku memberitahu kepadanya bahawa 18 Mac adalah hari ketibaanku dimana ianya adalah seminggu dari sekarang. Hehe. Aku sudah merancang untuk menyerbu rumahnya pada keesokan hari. Tapi, masihkah aku ingat jalan ke rumahnya? Hah, ikut gerak hati sajalah. Tidak mungkin aku akan sesat di tanah airku ini. Kalau sesat jangan la aku malu nak bertanya.

Setelah pakcik teksi memunggah barangan ku dari bonet teksinya,aku membayar tambang teksi tersebut. Wah! Semakin maju pembangunan di daerah ini,semakin mahal pula kos hidupnya. Tanpa mahu bertanya lebih lanjut lagi,aku terus menyerah wang tambangnya. Pak Cik Teksi segera menyambutnya dan memberikan kad perkhidmatannya jika aku memerlukan bantuan penghantarannya. Aku menyambutnya dengan senyuman dan pak cik teksi pun berlalu pergi.

Rumah ini masih tiada ubahnya. Kawasannya pun kemas dan rapi. Pandai sungguh Abang Airy dan Rafiq menjaganya. Selama 5 tahun aku di UK,aku telah mengamanahkan mereka berdua untuk menjaga rumahku. Mana tidaknya,tiada lagi saudara yang terdekat mahu menolongku. Nampaknya aku kena beri upah kat "budak penjaga" ni. Hasilnya begitu memuaskan.

Melangkah masuk ke rumah itu,ingatanku segera ligat berfikir. Terlalu banyak kenanganku di sini. Suka duka sedih gembira semua ada. Bersama teman-teman yang sering bertandang ke rumahku. Celoteh arwah ibu dan ayah. Semuanya manis sekali. Aku segera mematikan lamunanku. Aku perlu kemas dulu rumah ni,baru aku dapat berehat. Aku segera naik ke tingkat atas untuk menyimpan barang-barang.

Selang beberapa jam kemudian,tepat jam 5 petang,aku lantas merebahkan diri aku di sofa yang terletak di dalam ruang Tv.
"Arghh....penatnya. Kerja yang tak dipernah buat,kemas rumah dalam satu hari. Lapar lah pulak. Barang tak da kat dapur. Huh!" aku mengeluh. Lantas aku membuka set muzik player dan memasang lagu-lagu kegemaran aku sambil berehat. Akibat terlalu letih,aku terlelap tanpa aku sedari.

Di luar rumah,sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah Damia. Setelah mematikan enjin,pemandunya melangkah keluar dari kereta.

"Eh,apasal lampu kat dalam ruang Tv tu terbuka? Aku tak tutup ke hari tu? Sure banyak bil elektrik ni. Kan hari tu empat hari yang lepas. Eeee....kalaulah Damia tahu,mampus aku." Rupa-rupanya Rafiq yang datang mahu menjenguk rumah Damia.

"Pagar tak berkunci juga? Ish.. tak sedap hati ni. Ada pencuri masuk ke?" Dengan perlahan-lahan Rafiq masuk ke halaman kediaman Damia tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Bagaikan seperti di dalam filem, ejen Rafiq, mengacukan tangannya seperti memegang pistol. Perlahan-lahan Rafiq memulas tombol pintu utama rumah itu.

"Aiseh...pencuri pasang lagu jazz pulak." Gegendang telinga Rafiq menangkap bunyi muzik jazz dari dalam rumah. Rafiq terus maju ke ruang Tv. Di bawah lampu yang agak malap, kelihatan sekujur tubuh sedang baring dengan lenanya di atas sofa.

"Eh,apa itu? Mayat ke manusia?"Jantung Rafiq berdegup kencang. Rafiq sekali lagi dengan pergerakan yang perlahan mendekati tubuh itu. Tiba-tiba tubuh itu bergerak sedikit. Jantung Rafiq berdegup dengan lebih kencang dari tadi. Badannya terdorong ke belakang sedikit. Mata Rafiq melihat ada sebatang kayu berbentuk sederhana di hujung sofa. Tanpa membuang masa,Rafiq mencapainya dan menggunakan kayu itu untuk menggerak-gerakkan tubuh itu.

"Hurmmmm....siapa pulak yang kacau aku ni? Orang nak tidur pun tak senang" Damia masih mamai. Rafiq tergamam. Siapa pulak manusia ni? Damia memusingkan tubuhnya lalu bangun. Rafiq terduduk.

"Dah malam ke? Eh, kau. Pukul berapa sekarang? Dah maghrib ke?" Mata Damia masih terpisat-pisat kerana baru bangun tidur dan masih tidak menyedari siapa yang dihadapannya kini. Setelah berasa ok sedikit, Damia mencapai cermin matanya. Zappp!! Kini giliran jantung Damia yang berdegup kencang. Rafiq!!! Gumam Damia di dalam hati. Damia terus mengambil langkah seribu dan naik ke tingkat atas. Damia terduduk di dalam biliknya setelah menguncikan pintu. Oh tidak! Aku dah terkantoi. Damia meraup muka dengan tangannya.

Di tingkat bawah, Rafiq masih terkejut apa yang dilihatnya tadi. Rafiq cuba mencubit dirinya. Sakit! Maknanya aku tidak bermimpi. Tapi, Damia beritahu dekat aku dia akan balik pada 18 Mac. Sekarang, 12 Mac. Jari Rafiq bergerak-gerak mengira tarikh. Rafiq tersedar. Kurang asam kau ,Damia. Kau tipu aku.

Tok! Tok! Pintu bilik Damia di ketuk dengan kasar. Damia yang di dalamnya sudah mulai resah. Apa yang harus aku buat ni.

"Hei, keluar! I know you're inside,Damia. How could you lie on me? " Rafiq masih lagi mengetuk-ngetuk pintu bilik Damia.

Dari dalam bilik "Yo,bro. Rileks la. Roboh pintu aku ni. Okey! Kita bincang! Kau turun dulu. Bagi aku masa. Aku nak mandi. Nak solat dulu. Sabar la." Damia merayu.

"Okey. I give you 10 minutes. Cepat. Kalau tak,siap rumah ni aku bakar". Rafiq berhenti dan turun dalam keadaan marah. Rafiq terus melangkah keluar dari rumah untuk mengelakkan sesuatu berlaku. Anak dara dan anak bujang serumah tidak manis jika dilihat bersama. Rafiq menyandar dirinya di wakaf yang dibina di belakang rumah Damia. Damia dengan perlahan menjenguk mukanya ke luar bilik. Line clear! Damia dengan pantasnya bergerak ke bilik mandi.

Seusai mendirikan solat maghrib. Hati Damia masih tidak tenteram. Melihat reaksi Rafiq tadi sudah cukup membuatnya ketakutan.
Damia masih lagi berlegar-legar di dalam biliknya. Akhirnya, Damia terpaksa jua keluar kerana tidak mahu membuat Rafiq ternanti-nanti.
Damia menjingkit-jingkit perlahan turun ke bawah. Dia menjenguk ke ruang tamu. Tak ada. Di dapur dan di ruang Tv juga tidak ada.
Kemana Rafiq ni? Kereta masih kat luar. Perlahan kepala Damia menjenguk dari jendela dapur. Kelibat Rafiq di lihatnya di wakaf di belakang.
Damia lantas membuka lampu di belakang. Sanggup pulak Rafiq duduk tempat gelap-gelap macam ni? Damia membuka pintu dapur dan melangkah ke
arah Rafiq.

"Assalamualaikum," Kedengaran suara Damia memberi salam lalu memecahkan suasana yang hening.

"Huh. Wa'alaikumussalam. Ada apa? Huh," Rafiq bagaikan acuh tak acuh membalas salam dari Damia.

Eh, mamat ni. Dia datang rumah kita malam-malam dia pulak tanya ada apa. "Err....aku minta maaf la Fiq. Kau ni kan tak sporting langsung. Aku saja nak surprisekan kau.
Tak sangka pula aku yang surprise. Hehehe." Damia cuba memujuk Rafiq.

Rafiq bangun dari tempat bersandarnya. " Kau memang tak patutlah. Kalau nak surprise pun,jangan la buat macam ni. Kau tau tak? Lima tahun tempoh yang agak lama tau. Kita semua tak sabar nak jumpa kau sejak kau beritahu nak balik Malaysia hari tu.
Tup-tup. Kau dah ada kat sini. Kau tak beritahu pun kau dah sampai kan? Aku rasa kau ni nak main-main saja la. Tak serius. Dah. Aku nak balik. Kau buat aku tak da mood aje". Bebel Rafiq lantas maju ke kereta dan menghidupkan enjin keretanya untuk keluar dari situ.

Belum sempat Damia hendak berkata, Rafiq sudah lebih dahulu meluru ke arah keretanya. Damia terpinga-pinga kerana di tinggalkan begitu sahaja. Damia buat-buat tidak memahami situasi yang berlaku kini. Kenapa pulak mamat ni emosi sangat. Aku tahulah kau tu doktor psikologi. Takkan emosi pun nak terbawa-bawa.
Damia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Menyedari bahawa dirinya kesejukan di luar,Damia pantas masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumahnya.
Damia bertekad esok dia akan selesaikan masalah ini dengan segera. Tiba-tiba perut Damia sudah memulakan konsert jazznya. Menyedari dia sedang kelaparan,Damia terpaksa jua ke kedai runcit berhampiran untuk membeli makanan.
Nampaknya dia terpaksa mengharungi jalan yang gelap untuk ke sana. Jangan risau. Aku berani. Black-belt pasti boleh!


Hampir ke tahap maksimum suara radio kereta di pulasnya. Namun,fikirannya masih lagi bercelaru. Rafiq masih berasa dirinya tertipu. Tertipu dengan Damia.
Entah-entah sebelum ini Damia pernah pulang ke Malaysia tanpa mereka sekeluarga sedari. Arghhh! Lantak lah. Apa nak jadi,jadilah. Tapi,Damia memang tak patut buat aku macam ni. Sampai hati kau. Niat di hatinya hendak tidur saja di rumah Damia terbantut bila melihat kehadiran Damia di situ. Keletihan dirinya terpaksa di tepis ke tepi.
Kakinya terus kuat menekan pedal minyak dan keretanya meluncur laju pulang ke kediaman keluarganya,Villa Jacaranda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...