Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Tuesday, February 14, 2012

Anda mahu cantik?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Sharing is caring...

Berikut merupakan tips2 untuk mencantikkkan dan menceriakan wajah anda.. 

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


nota meja : dengan tips2 sebegini bolehla aku melaram giler pasni.. asrtaghfirullahalazim.. NIAT DAH X BETUL!! kalau boleh,gunakanlah kecantikan anda untuk suami / bakal menjadi suami anda (tapi ingat! tunggu dia SAH jadi suami kita dulu baru melaram sehebat manapun.. muahahhhhahahaha!

Monday, February 13, 2012

Valentine's Day ??


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sharing is Caring...



Mengapa Menyambut Valentine’s Day Haram?


Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day setiap 14 Februari sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.

To be my Valentine?

Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.

Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Mengapa Mawar Merah?

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.

Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat.

Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia


nota meja: memang aku tak sambut punyalah... boypren takder... sambut pun,haram... tak gitu???

Tuesday, February 7, 2012

Kenali Diri-Sendiri (Perkongsian Dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Ini sedikit perkongsian saya melalui Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar/Remaja yang di sampaikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tempoh hari. Maaf jika ada kekurangan, kerna ini saja yang sempat di catatkan. Namun tetap jua akan di kongsikan bersama kerna walaupun sedikit ia tetap ilmu.

SHARING is Caring..... :)

Teknik Mengenali diri anda


1. Nama Anda

  • Nama itu adalah satu doa harian!
  • Hayati maksud nama dan panggil sepenuhnya atau panggilan yang ada maksud.
  • Contoh : Nur Hidayah -> Cahaya Petunjuk
2. Tarikh Lahir Cerminkan Peribadi (menurut kajian Beliau)

Sebagai contoh, sesiapa lahir di bulan-bulan di bawah akan bersifat :-

  • Bulan Januari = Tenang
  • Bulan Februari = Kelam Kabut
  • Bulan Mac = Tenang
  • Bulan April = Kelam Kabut
  • Bulan Mei = Tenang
  • Bulan Jun = Kelam Kabut
  • Bulan Julai = Tenang
  • Bulan Ogos = Kelam Kabut
  • Bulan September = Tenang
  • Bulan Oktober = Kelam Kabut
  • Bulan November = Tenang
  • Bulan Disember = Kelam Kabut
Bulan mana satukah anda?

3. Perawakan Fizikal Mencerminkan Peribadi
  • Hormon mempengaruhi perangai kita.
  • Contoh agak kurang jelas tidak dapat dikongsikan bersama, Maaf.
4. Bentuk Tulisan Sebagai Asas Mengenali Peribadi.
  • Orang hebat dan cemerlang tulisannya besar bersaiz 9mm. Nak tahu hebatkah anda,ukurlah sendiri tulisan anda.. :)
  • Orang hebat dan cemerlang huruf t kecil, palangnya tinggi. Contoh:

  • Orang yang penyayang dan hebat, ekor g besar. Contoh:




  • Tulisan yang condong ke kanan - suka tolong orang.
  • Tulisan yang condong ke kiri - tak suka tolong orang.
  • Tulisan yang lurus - sama ada suka atau tidak, hanya tunggu dan lihat.

nota meja : Mana satukah anda? Saya? Biarlah Rahsia..... ;)

Monday, February 6, 2012

Ceramah Perdana Maulidur Rasul- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah





Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semuaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Pada 4 Februari 2012, seluruh warga muslim UiTMkm dijemput hadir ke Dewan Serbaguna Politeknik Mukah Sarawak untuk menghadiri Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar / Remaja yang di sampaikan oleh tetamu yang di datangkan khas iaitu DATO' DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH!

I'm so EXCITED!

Selalunya aku selalu tengok beliau dalam televisyen je terutamanya astro Oasis atau dulu-dulunya di TV3-Motivasi Pagi. Tapi hari tu aku dapat tengok dia depan-depan, bahkan duduk depan-depan, malah dapat lagi ber eye-contact. ehe!


Antara tips-tips yang di kongsikan oleh beliau yang sempat aku catatkan ialah : 
  1. Cara mengenali diri-sendiri.
  2. Tips Rutin Harian Pelajar Terbilang.

Insya-Allah, aku akan cuba post tips-tips beliau buat masa terdekat nanti. Masa sungguh mencemburui kita. Final exam is around the corner!!

"Saya yakin! Saya Juara! Saya Hebat! Saya Mampu!"

nota meja : minggu ini sangat padat!!! Test! Quiz! and one more important thing is BPKNS interview! phewwwwwwwwwww!! Berjumpa lagi ye kita di Politeknik,Mukah nanti pada 11 hb Feb 2012!!  Wish me luck.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...