Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sharing is Caring...
Mengapa Menyambut Valentine’s Day Haram?
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day
setiap 14 Februari sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu
untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu
fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara
rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban
tahun.
To be my Valentine?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day
ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia
diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari
bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang
Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno
ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak,
menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To
be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang
melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini
karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama
dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Mengapa Mawar Merah?
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan
mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada
Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang
‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan
diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah
merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan
memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut
‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula
dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang
buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan
kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu
pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa
mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa
menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan
Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan
ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005
memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh
Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang
bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin
menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini.
Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan
As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan
hidup di dunia dan di akhirat.
Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah
akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena
Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan
larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya
di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda,
hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan
aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia
nota meja: memang aku tak sambut punyalah... boypren takder... sambut pun,haram... tak gitu???


No comments:
Post a Comment