Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Wednesday, April 6, 2011

Cerpen KEN : Sayang Sarawak





“Hai cikgu Kamal. Termenung jauh nampak? Tak sabar nak tinggalkan hutan kita ni ke?” sindir Cikgu Eira. Kebetulan mejanya bersebelahan dengan meja Cikgu Kamal,tidak salah kalau dia menegur. Dan diperhatinya hari ini Cikgu Kamal agak berbeza hari ini berbanding hari-hari sebelumnya. Hari-hari yang selalunya pagi lagi sudah mencari hal dengan ‘jiran’ sebelahnya iaitu Cikgu Eira.
“Dasar GSTT tak berpelajaran! Menyibuk je kau tu.” Rungut Cikgu Kamal perlahan. “Memang aku tak sabar nak tinggalkan hutan ni. Kalau boleh hari ni juga aku nak balik KL dan tak akan jejak ke sini lagi. Rimas tau. Dahlah hutan. Hutan tu banyak kera. Perangai orang kat sini pun macam kera je. Sebijik!” Cikgu Kamal lantas mengangkat punggung dari tempat duduknya dan menjinjing buku Rancangan Mengajar di tangannya dengan rasa malas dan menyampah. Sekali lagi dia terasa panas dengan sindiran Cikgu Eira.
Cikgu Eira memandang tajam kearah Cikgu Kamal yang melangkah keluar dari bilik guru hingga hilang kelibatnya. “Ingat aku tak dengar kau gelar aku GSTT tak berpelajaran? Dasar anak dato’ lawa(sombong)!” Dia lalu menghempas pen di tangannya dengan rasa marah. “Sabar ajolah aku.”
---------
Kamal duduk termenung memandang halaman rumah sewanya. Sesekali burung berkicauan memecah sepi. Desiran angin menampar pipi wajahnya. Akhirnya dia terleka dibuai begitu.
“Hoi,Kamal. Enak-enak kau rehat kat sini. Barang tak packing lagi tu. Tinggal dua hari lagi kau nak tinggalkan Sarawak ni. Last-last minute, jangan harap aku nak tolong kau nanti,”sapa Sylvester lalu mengambil tempat di sisinya.
“Malaslah aku. Aku nak lama-lama lagi kat sini.” Selamba sahaja Kamal menjawab.
“Aik? Kau ni dah buang tabiat ke? Dulu bukan main kau kata macam-macamlah Sarawak ni. Berpuakalah. Hutanlah. Keralah. Tak macam KLlah. Kau kena sampuk hantu mana ni? Hutan Lapok? Hutan Lambir? Hantu Gua?”

“Mulut kau tu agak-agaklah sikit. Aku tahulah dulu bukan main aku mengata negeri ni. Sekarang aku dah taubat. Cuba kau fakir, kaalau aku balik KL tak le ada angin macam ni. Buah kelapa jatuhlah. Pelajar macam-macam kaumlah. Dan satu,tak ada orang nak cari pasal dengan aku lagi.” Kamal mengeluh perlahan.

“Sah. Sah kau ni kena sampuk hantu Cikgu Eira.” Sylvester mengetawakannya dan terus cabut lari apabila Kamal bangkit dari pembaringannya dan membawa sebiji kelapa tua yang di gunakan untuk dibaling ke arah Sylvester.

“Kurang asam kau,Sylvester!”jerit Kamal. Dan Sylvester masih menyambung sisa tawanya.
-----------
Hari ni hari terakhir aku berbakti di SMK Bakong ini. Terasa hati berat sekali. Apa tidaknya terlalu singkat pertemuan di sini. Ingin sekali aku pulangkan kembali surat perpindahan itu. Namun apakan daya terlajak perahu dapat di undur,terlajak kata tanggung sendiri. Aku sendiri yang beria-ria hendak pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi kenyalang. Sikap aku yang suka memperkecilkan tempat baru aku ini menyebabkan aku seperti menjilat ludah sendiri. Dalam setahun lebih ini,sudah puas ku caci dan menghina negeri ini sehingglah sampai saatnya aku dapat surat tawaran berpindah balik ke Kuala Lumpur,aku sudah mula jatuh sayang pada negeri ini.

Hutan yang seperti kukatakan dulu, hutan yang sudah pesat membangun. Pokok-pokoknya yang hijau penyeri negeri ini. Alam sekitarnya masih terpelihara. Tidak seperti di seberang sana. Kebanyakkannya sudah di gondol akibat kerakusan manusia. Terutama sekali budaya yang berbilang kaum di sini amat ku sanjungi. Berbilang kaum yang mampu bersatu walaupun berbeza fahaman agama. Seperti di pedalaman Beluru,Miri ini, walaupun peratus orang ulu lebih banyak berbanding dengan orang melayu dan bumiputera lain,mereka dapat bersatu hati. Lebih-lebih lagi sewaktu perayaan Hari Gawai di mana aku tidak pulang ke Kuala Lumpur,aku telah mengikuti Sylvester pulang ke Rumah Panjangnya di Long Lama. Di situlah aku di dekatkan lagi dengan adat budaya mereka yang unik. Masih ku ingat lagi,aku sempat belajar tarian NGAJAT!

Pasti kamu semua pelik dan hairan macam mana aku nak hidup kat rumah panjang dalam masa seminggu itu? Cuti Gawai hanya di beri dalam tempoh seminggu. Ketiadaan makanan halal dan juga tempat yang ramai berbeza agama dengan diri kita. Pada mulanya aku juga berfikir begitu. Namun setelah di jamin oleh Sylvester bahawa dia akan uruskan hal itu. Dia memang sibuk melayan aku. Pinggan baru,periuk baru, kuali baru, dan segalanya baru khas untuk kemudahan aku di sana. Dan satu minggu itu jugalah aku makan dalam makanan tin. Nasib badan. Cuma sekali sahaja aku makan lauk mereka iaitu lauk pansuh ayam (ayam yang di masakkan dalam buluh). Aku yang tak pernah dan geli menyembelih ayam kampung,terpaksa juga menyembelihnya kerana keinginan merasa lauk tersebut. Manis juga rasa ayam kampung ni ye. Betapa bandarnya aku. Baru aku dapat merasa suasana kampung sebegini. Sayang untukku tinggalkan. Dan aku menyesal.
Budaya tetap disanjung,
Begitulah resamnya dari dulu temurun
Biar zaman berubah namun ternyata,
Kau tetap menjaga dengan penuh rasa bangganya.
----------------
“Memang patutlah Cikgu Kamal tu pelik semacam dua tiga hari ni. Dia dapat surat pindah balik ke KL rupanya. Seharusnya dia nampak gembira. Tapi, macam tak suka je,”getus hati kecil Cikgu Eira.

Masih terngiang lagi ucapan perpisahan dari Cikgu Kamal pagi tadi sewaktu perhimpunan sekolah. “Saya minta maaf kepada semua guru,staff sokongan serta pelajar di sini andai kata ada salah dan silap tutur kata dan perlakuan saya selama saya di SMK Bakong ini. Memang saya akui, sejak datang ke sini memang saya agak sombong dan ramai tak sukakan saya. Tapi sejak beberapa hari lalu surat kelulusan berpindah ke Kuala Lumpur datang,saya rasa berat hati nak tinggalkan anak-anak murid serta orang-orang di sini. Sesungguhnya saya sudah jatuh hati pada negeri ini,” Panjang lebar Cikgu Kamal memberi ucapan sehinggakan air matanya mengalir.
“Hai,Cikgu Eira. Termenungkan apa tu?”tegur Cikgu Kamal yang tengah sibuk mengemas mejanya.

“Oh,Cikgu Kamal. Tak ada apa-apalah. Dah berkemas?”sahut Cikgu Eira.

“Yup. Tengah berkemaslah ni. Tinggal meja ni je nak di kemaskan. Barang-barang di rumah dah kemas sejak awal-awal lagi. Maklumlah tak sabar nak balik.Petang ni dah nak balik ke Miri. Malam ni flight pergi ke Kuching.”

“Oh. Tak tanya pun.” Senyum Cikgu Eira.

“Cikgu tak tanya sebab tu saya bagi tahu. Nanti cikgu tertanya-tanya pula. Erm. Apa kata kita pergi minum sekejap untuk meraikan kepulangan saya ke KL. Lagipun,ada sesuatu yang nak saya bagitahu dekat cikgu ni,”ajak Cikgu Kamal.

“Boleh juga. Lagipun saya tak ada kelas ni. Silakan.” Cikgu Eira menyambut pelawaan Cikgu Kamal.

Sewaktu perjalanan ke kantin sekolah, seorang pelajar telah menemui Cikgu Kamal. Loretta Lungan seorang pelajar didikan Cikgu Kamal yang telah meningkat dalam pelajarannya sebaik sahaja Cikgu Kamal mengajar di situ. Dia menyerahkan satu bungkusan kepada Cikgu Kamal dan mengucap terima kasih kepadanya. Hampir mengalir air mata pelajar itu,memandangkan guru kesayangannya akan berpindah. Sempat juga Cikgu Kamal menitipkan pesan kepada Loretta Lungan supaya sentiasa berusaha meningkat dalam pelajaran. Cikgu Eira hanya memerhati bosan babak tersebut. Naik lenguh kakinya berdiri menanti Cikgu Kamal yang masih mahu berbual panjang dengan pelajarnya.

“Saya minta maaf,Cikgu Eira. Selama ini saya selalu sakitkan hati cikgu. Hina-hina cikgu. Kata perempuan Sarawak ni tak cunlah. Kolot. Tak moden. Tapi,baru saya faham kenapa cikgu selalu tegur saya bila saya kata macam tu. Perempuan Sarawak ni memang unik dan menawan. Terutama Cikgu Eira. Terasa berat pula saya nak tinggalkan cikgu.” Cikgu Kamal mula meluahkan rasa hati.

Cikgu Eira kaget seketika. ‘Apa pula maksud Kamal ni?’ Getus hatinya. “Maksud cikgu,rasa berat macam mana ni?” aju Cikgu Eira.

“Saya ni dah rasa suka pula dekat cikgu ni. Cikgu ni berbeza dari wanita-wanita yang pernah saya jumpa. Cikgu tegas menegakkan pendirian cikgu. Andaikata saya diberi peluang untuk kembali lagi ke sini,sudikah cikgu menerima saya?”

Cikgu Eira menghadiahkan senyuman kepada Cikgu Kamal. “Begini,cikgu. Alhamdulillah. Cikgu dah sedar. Tapi,cukuplah cikgu sekadar sayangkan negeri ini. Tapi,saya sudah ada yang punya.” Cikgu Eira menunjukkan cincin tunang yang tersemat di jarinya. Cikgu Kamal nampaknya hampa.

“Nampaknya saya ni tak ada canlah ni,”sahut Cikgu Kamal. Dia membisu seketika.

“Jangan begitu,cikgu. Kalau dah sangat terpaut dengan gadis-gadis bumi kenyalang ni,bukan saya sahaja. Banyak lagi kumang-kumang cantik di luar sana.”
“Saya bukan mahukan kumang tapi saya nakkan Puteri Santubong,” Cikgu Kamal cuba bersenda.

“Cantik juga kalung manik yang di berikan oleh Loretta tu ye. Budak ni memang pandai buat kraftangan.” Cikgu Eira cuba menukar tajuk perbualan. Cikgu Kamal hanya mampu tersenyum sahaja.
---------
Tebingan Kuching,Sarawak.
Sayang Sarawak tebing berbukit,
Berbuah nenas lamun-lamunan;
Hendakku bawa perahuku sempit
Tinggallah emas tinggal junjungan

Tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan terbang balik ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, aku mengajak Sylvester berjalan-jalan di menyusuri tepi tebingan Sungai Sarawak di Tebingan Kuching. Dua hari lepas aku sudah meninggalkan Bandaraya Miri. Aku redha dengan apa yang tersurat untukku. Mungkin bukan jodohku untuk berada di sini lebih lama lagi. Ku pandang puas sekitar tebingan Kuching ini. Astana dan Bangunan Dewan Undangan Negeri tersergam indah si seberang sana menggamit jiwa. Kota Sarawak punya nostalgia yang tinggi. Tinggalan penjajah zaman dahulu menyimpan berjuta sejarah.

“Jomlah,Kamal. Nanti lambat sampai ke airport. Jam sebegini jalan dah mulai sesak,”ujar Sylvester. Kamal masih membisu dan berfikir panjang. Sylvester menyambung kembali kata-katanya, “Ala,nanti kalau kau cuti,bawalah ayah kau, Dato’ Reza cuti ke sini. Jangan asyik nak cuti pergi luar negara saja. Kau call saja aku. Aku akan jemput kau. Itulah dulu,kau nak cepat-cepat pindah. Actually,banyak lagi tempat kau belum jelajah. Janji dengan aku, kau mesti datang sini lagi tau.”

“Aku akui itu. Memang aku terburu-buru dulu. Insya-Allah,Sylvester. Aku akan datang ke sini lagi. Jomlah.”
Sayang Sarawak sungainya luas,
Banyak perahu pergi seberang;
Sekali pandang rasa tak puas,
Hati merindu terkenang-kenang.

Selamat tinggal warga SMK Bakong. Selamat Tinggal Rumah Panjang Usun. Selamat Tinggal Miri. Dan Selamat Tinggal Sarawak. Aku akan bertandang ke sini lagi suatu hari nanti. “Bujang senang, cucu pulang dahulu. Kalau rindu,ingat daku dalam ingatanmu. Kamek sayang Sarawak.”

Nota: Bujang Senang ialah satu spesies buaya yang agak sinonim di Sarawak. Kononnya, ia adalah jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun yang telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dirinya.
Nukilan : Dayangku Siti Nurhidayah / Seruling Bamboo.

7 comments:

  1. :D thanks sis. susah jugak sy nak perah idea hri tu.hehe

    ReplyDelete
  2. Hadir membaca dan memberi sokongan. Menarik kisahnya. Benarlah kata orang, jangan terlalu benci, kelak akan menjadi suka.

    Banyak info tentang Sarawak yang saya belajar dalam cerpen ini.

    Good luck! (^_^)

    ReplyDelete
  3. cerita yg berkesan.. terima kasih! :)

    ReplyDelete
  4. hehe. nice. tapi kat miri ada airport apekes lak nak g kuching cari airport :p jauh bebenor...

    ReplyDelete
  5. @aleeya husnan
    yup,Miri memang ada airport. tp klo nak balik ke semenanjung ke atau pg luar neg,org yg d miri kena transit kat kuch dulu. Miri blum diiktiraf lapangan antarabangsa lg. :):D

    ReplyDelete
  6. baca bnda tok rindu nak balit berbakti d ngeri sndirik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...