

Begitulah resamnya dari dulu temurun
Biar zaman berubah namun ternyata,
Kau tetap menjaga dengan penuh rasa bangganya.



Kini.
“Agaknya bilalah aku akan kembali ke
Terkenang kembali aku akan satu email semalam dari Uncle Razif,bapa saudaraku sebelah ayah. Dia berkali-kali menggesa aku pulang segera ke
To:
From:
Assalamualaikum anak saudaraku,bilakah Aisha hendak pulang ke Miri? Uncle sedang kekurangan tenaga kerja untuk membantu di ladang ini.. Hopefully Aisha dapat segera pulang. Family di sini sudah merindui Aisha.. Kalau jadi,cepat-cepat maklumkan kepada Uncle. KrisTiara sangat-sangat memerlukan kehadiran Aisha. Salam Rindu dari Miri,
Walaupun mesejnya cukup ringkas namun sudah mampu membuatku memahami isi tersurat. Tiga hari sudah cukup membuahkan rindu. Apatah lagi jika sudah tiga bulan lamanya. Lara hatiku tak siapa mampu menduga. Hadirku di sini hanya untuk membiarkan persoalan itu terkubur di
-----------------------
2005.
“Selamat Pagi kelas!”
“Selamat Pagi cikgu!” sahut pelajar-pelajar kelas 5 Alpha.
“Okey,kelas. Silakan duduk. Aisha,masuklah. Kelas awak ni.”Cikgu Jelita mempersilakan aku masuk ke kelas tersebut. Teragak-agak kakiku melangkah. “Kelas,hari ni kamu semua menerima seorang pelajar baru. Perkenalkan diri awak di hadapan kawan awak.”
Aku memalingkan badanku di hadapan kelas. Aku sudah mula berpeluh sejuk. Kalau hal berhadapan dengan orang yang aku belum kenali inilah membuat aku sudah berasa lemah sekali. Namun aku gagahi jua.
“Hello. Saya Dayangku Aisha Humaira bt. Awangku Fareezshah. Panggil saja Aisha. Saya dari SMK Luar Bandar berpindah ke sini. Harap anda semua dapat menerima saya.”Kata-kataku ternoktah di situ sahaja. Aku dan cikgu Jelita hanya saling berpandangan dan memberi isyarat bahawa aku sudah selesai.
“Fuyoo! Panjangnya nama. Kerabat Dayang Nurfaizah tu.”tegur salah seorang pelajar yang duduk paling belakang kelas. Sebelah sisinya terdapat satu tempat kosong. Agak-agaknya aku akan duduk di sebelahnya.
“Kalau tak pun,penyanyi Dayangku Intan.” Sampuk lagi dari seorang pelajar sambil mengetawakan aku. Aku hanya tersipu-sipu di hadapan kelas. Hari pertama sudah jadi seperti ini. Memang sudahku jangkakan sejak dari rumah lagi.
“Okey,Aisha. Awak boleh ambil tempat kosong di belakang sekali. Irfan.jemput kawan awak ni duduk.” Aku melangkah perlahan ke belakang kelas. Sesekali aku rasa rimas dengan pandangan rakan sekelas baruku yang memandangku sampailah aku tiba di tempat duduk. Aku menghadiahkan senyuman kepada Irfan,jiran sebelahku.
Cikgu Jelita kembali kepada pengajaran dan pembelajaran kelas. Sementara aku pula sudah serasi dengan rakan sekelas aku yang ada di belakang ini. Di sebelah aku sudah semestinya Irfan Aqimi. Dihadapan kami berdua ialah Syauqiyah dan Yasmin. Sempat juga kami berbual-bual sehinggakan guru di hadapan pun tidak di pedulikan. Malah guru di hadapan pun tidak seperti endahkan kami.
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Kami berempat sudah menjadi empat sekawan walaupun hendak kemana-mana sahaja. Irfan tidak kisah apa yang dikatakan rakan-rakan sejenisnya memandangkan antara kami berempat hanya dia sahaja kumbang. Bila aku bertanya kepadanya kenapa tidak selalu rapat dengan rakannya yang lain seperti Goh Siew Ann,Ranjit,Gabriel,Hazwan dan lain-lain? Nak tahu apa yang dijawabnya? Begini “Sidak ya mun di embak main boleh. Kalau di embak belajar,liat sikit olah sidak ya. Lagipun mun geng dengan kitakorang perempuan tok,ilmu dapat,popularity pun dapat. Tak gitu, my darling?” Katanya sambil mengenyitkan mata. Erks! Perasan sungguh dia.
Kala suatu hari dalam cuti pertengahan tahun, Irfan mengajak aku serta Syauqiyah dan Yasmin keluar sambil mengisi masa-masa cuti yang membosankan. Kebetulan abang kepada Irfan, Afzan sudi menjadi drebar kepada kami berempat. Destinasi utama kami ialah
“Korangkan nak ambik SPM tahun ni,sempat pula nak shopping. Study ke tidak ni? Tak taulah korang ni. Kalau si Irfan ni, satu hari depan game je. Tengok result, terer jugak.” Afzan bersuara.
“Biasalah si Irfan ni
“Hoi! Termenung pula dia ni. Fikirkan aku ke?” Dia membalingkan gumpalan tisu ke mukaku. Badanku tergerak ke belakang sikit akibat terkejut. Lamunanku mati serta-merta.
“Tak kuasa aku nak fikirkan kau. Aku tengah fikirkan pakwe lama aku. Sihatkah dia? Kenyangkah dia? Kita sekarang sedap-sedap je makan di Pizza Hut ni. Kalu dia dengar,mesti kecil hati.” Dengan selambanya aku mengeluarkan kata-kata itu seolah-olah mahu memprovok Irfan. Irfan nampaknya sudah menarik muka masam dan aku hanya tersengih memandangnya. Yasmin pula di sebelahku mencuit tanganku. “Ouch! Sakitlah,Min. Kau ni.”
Sebenarnya aku memikirkan kata-kata Yasmin dan Syauqiyah seketika kami di Popular Bookstores. Masa itu, kami semua berpecah ke destinasi masing-masing dimana Irfan dan abangnya masuk ke Parkson dan kami bertiga terus langsung ke Popular Bookstores.
Ketika itu sedang asyik memilih novel-novel di rak bahagian novel melayu. Yasmin lantas menghampiriku. Aku hairan melihat tingkahnya yang kejap-kejap menoleh. “Apahal kau ni? Macam nak mencuri je.” Tanyaku kepadanya.
“Huish. Selisih simpang malaikat 44. Aku nak tengok kalau-kalau ada kelibat si Irfan ni. Kalau ada,susah aku nak poret dengan kau ni. Okey. Clear sudah.” Akhirnya dia kembali normal apabila sudah dapat memastikan ketiadaan Irfan di situ. “Macam ni. Kau ada perasan something tak?”
“Perasan? Perasan pasal apa?” Mataku masih terpaku meneliti synopsis novel ditanganku.
“Irfan sukakan kau. Seriously,aku perasankan tingkah lakunya memang aneh sejak kau tiba hari pertama lagi. And that day aku tanya dia,kau nak tau dia jawab apa? Yes! He like you! Bertuahnya kau.” Dengan penuh keterujaan Yasmin bercerita.
“Merepek je lah kau ni Yasmin. Kami berdua kawan je. Macam teman tapi mesra tu. Lagipun,dia
“Mana kau tahu dia dah ada gerek? Setahu aku,Irfan ni memang banyak kawan perempuan tapi satu pun tak melekat. Kalau dia nak bergerek sekali pun, dah tentu aku atau Syauqi pun boleh jadi gerek dia. Tapi,dia sukakan kau.”
“Beginilah Cik Yasmin.
“Oh ya? Okeylah. Aku harap kau dua orang ni jadi tau. Sweet sangat. Tapi,kau kata tahun ni SPM,kenapa kau berdiri kat rak novel ni? Buku-buku SPM kat
Sejak hari itu,kami berempat kembali sibuk menelaah pelajaran untuk perjuangan besar kami iaitu SPM. Isu tentang Irfan sukakan aku terkubur begitu sahaja dn kami semua menjalani kehidupan seperti asalnya. Sesungguhnya tahun 2005 ini begitu bermakna bagiku kerana mempunyai sahabat seperti mereka walaupun baru beberapa bulan berkenalan.
------------------------------
2010. Pertemuan semula.
Deringan telefon Pejabat KrisTiara di atas meja tulisku menyedarkan aku dari kesibukan timbunan kerja. Ruang yang berselerak dengan kertas-kertas kerja menyukarkan aku mengenalpasti kedudukan telefon tersebut. Rupa-rupanya ia terselindung di sebalik beg kerjaku.
“Hello.KrisTiara Holding. Aisha’s speaking.”
“Hello. Aisha! Aku ni,Yasmin. Kau tak rindu aku ke?” kedengaran suara dari talian sebelah
“Ya Allah! Yasmin! Tentulah rindu. Kau kat mana ni? Eh,Kau pergi ke tak reunion yang Hazwan buat tu?”soalku.
“Aku kat KLIA ni. Jap lagi flight ke Miri. Tunggu je aku kat reunion tu nanti. Syauqiyah telefon aku semalam. Dia dan Irfan akan balik esok. Aku tak dapat nak tunggu diorang ni. Hazwan bagi aku job pulak untuk hari tu. Aku tak dapat lama ni. Jumpa kau kat Miri ye. Assalamualaikum.”
Aku meletakkan gagang telefon setelah menjawab salamnya.
-----------------------
Majlis Doa Selamat di rumah Hazwan.
“Aisha, tambahlah sikit lagi lauk tu. Kau diet ek? Kuruslah kau sekarang ni. Dulu chubby dan kiut bukan main.”sapa Irfan.
Aku yang tengah khusyuk menikmati makananku mendongak kepala ke atas. “Hei,Irfan hensem! Apa khabar? Biasalah aku ni, busy jadi bussineswoman.”Ujarku sambil memuntahkan ketawaku.
Dia hanya tersenyum memandangku. Dan bicara kami mati begitu sahaja. Aku yang tidak ambil kisah terus menyambung kembali suapanku. Tapi dari sudut hatiku,dia kelihatan aneh sekali dan tidak seramah dulu. Kenapa ye? Biasanya,dialah yang memang becok bila berbicara. Mengalahkan si burung kakak tua.
Apabila sudah berlama di situ,akhirnya kami berempat bersatu kembali. Rata-ratanya warga 5 Alpha berkumpul mengikut puak masing-masing. Dan seperti biasa kami berempat bila sudah membuka mulut,memang kecoh. Memang tampak berbeza jika aku dan Irfan berbual berdua. Ketika inilah masing-masing membuka rahsia yang
---------------------------
3 bulan kemudian.
Kini,hanya aku dan Irfan sahaja yang masih tinggal di Miri. Syauqiyah sudah kembali ke
Seperti biasa tempat kegemaran kami ialah Restoren Pizza Hut. Irfan telah memilih satu tempat duduk yang memang kami berempat dahulu jika ke situ. Terimbau pula kenangan lama. Hampir setengah jam kami di situ,tiba-tiba dia mengusulkan satu soalan yang kiranya agak aneh bagi seorang insan pelik sepertiku.
“Kau dah ada yang punya ke?”
Aku hanya memandang pelik wajahnya tanpa mejawab soalannya.
Irfan kembali bersuara. “Sudah lama aku nak bagi tahu kau. Sebenarnya sejak kali pertama mengenali kau.”Suaranya terhenti.
Aku pula yang menyambungnya. “Kau sukakan aku?”
Dengan perlahan dia mengganggukkan kepalanya. “Sebelum aku pergi ke
“Tapi,apa maksud kau ‘Single but not available’?” ajuku serta merta.
“It is only available for you. There is no body but you. Trust me. I love you.”
Serta merta ku rasakan jantung ini hendak jatuh dari tangkainya. Tidak pernah ku menerima ucapan sebegini sebelum ini. Aku
“Aku terkejut. Kau faham tak? Erm. Boleh beri aku sedikit masa untuk membuat keputusan. Ini terlalu drastik.” Akhirnya aku meninggalkan dirinya terkulat-kulat sendirian di situ.
--------------------------
Semenjak kejadian itu, tidak putus-putus panggilan telefon dan SMS datang darinya. Kadang-kadang aku mahu menjawab panggilannya. Kadang-kadang tidak. Akibat bosan dengan pertanyaan yang sama darinya,aku membuat keputusan untuk menuruti arahan Uncle Razif yang mengamanahkan aku untuk mempromosi produk kami di
Sebenarnya rasa cinta kepada Irfan memang sudah membenih di hati ini. Tapi aku tersepit dengan kehendak ahli keluarga yang menginginkanku memilih seorang pemuda yang setaraf dengan kerabat kami. Seelok-eloknya pemuda yang memegang nama Awang atau Awangku dihadapannya bagi terus memelihara warisan ini sehingga ke anak cucu serta cicit. Sememangnya hampir semua ahli keluarga mahukan begitu,Cuma Uncle Razif saja yang berfikiran terbuka. Sedangkan dirinya tidak terlalu memilih bangsa dalam memilih isteri. Isterinya, Aunty Maria seorang berbangsa Kenyah dan muallaf lagi. Jadinya,dia menitipkan pesan kepadaku agar berfikir dengan sebaik-baiknya kerana ini adalah masa depanku.” Jangan terlalu terikut-ikut kehendak ahli keluarga yang lain,kelak pasti rugi sendiri kerana cinta yang kamu pasti yakin milik kamu di lepaskan begitu sahaja.”
Aku mengeluh. Akhirnya aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Uncle Razif. “Assalamualaikum,Uncle. Aisha ni. Aisha dah tempah tiket. Esok Aisha balik. Okey. Bye.”
----------------------------
Kini. Jam 11 malam. Lapangan Terbang Miri.
Ting!
“Mengumumkan ketibaan pesawat MH2793 dari Kota Kinabalu.” Kedengaran suara dari interkom.
Aku dengan susah payahnya menolak troli barangan aku keluar dari balai ketibaan sehinggakan ada bagasi aku hampir terjatuh. Tiba-tiba ada seseorang membantuku. Aku yang leka menunduk tidak perasankan siapa yang ada di hadapanku. Ketika hendak meletakkan kembali bagasiku di atas troli,tangan kami berdua hampir bersentuhan. Aku terkejut dan pegangan tangan aku pada bagasi itu terlepas. Aku lantas memandang wajah manusia itu.
IRFAN AQIMI!
Aku menjadi kaget seketika. Dia dengan ringannya membantuku menolak troli bagasi sampai ke bontot keretanya. Aku tanpa suara hanya mengikuti gerak langkahnya. Aku hanya memerhati dirinya memunggah bagasiku masuk ke dalam bonet kereta. Sehinggalah sampai saat tangannya mencapai satu kotak hadiah, aku katakan padanya “Itu untuk kau. Ole-ole dari
Aku duduk di sebelahnya iaitu ruang penumpang bahagian hadapan. Aku pandang wajahnya. Kenapa dia asyik membisu seribu bahasa sahaja. Sebelum sempat dia hendak menghdupkan enjin,aku mencapai hadiah tadi dan menyerahkan kepadanya. “Bukalah.”
“Sekarang?”
Aku mengangguk. Semasa dia sedang bersungguh-sungguh membuka hadiah tersebut,aku memohon maaf kepadanya. “Aku minta maaf sebab ku pergi tanpa memberitahu kau.”
“Tak apa. Uncle Razif sudah jelaskan kepadaku. Ini?”sahutnya sambil menunjukkan satu bingkai gambar hati yang didalamnya tersisip gambar kami berdua. Dia mencapai bingkai tersebut dan memandangnya tanpa berkelip.
Aku gagahi untuk mengucapkan kata keramat itu. Dengan ucapan bismillah, “Aku juga cintakan kau.”
Dia lantas memandang ke wajahku. Aku terasa mukaku terasa sikit panas. Blushing agaknya. Tiba-tiba aku terasa gerun dengan pandangan matanya yang tidak berkerdip itu.
“Aku tak mimpikan? Tolong tampar muka aku kejap.” Arahnya sambil menarik tanganku untuk menampar mukanya.
“Kau mimpi je. Dah,cepat! Aku nak sampai rumah cepat ni.” Aku pura-pura merajuk dan aku tidak menampar dirinya sebaliknya mencubit lengannya. Dia mengaduh kesakitan.
“Terima kasih,Aisha.”ucapnya. Dia akhirnya tersenyum gembira dan kembali mengusikku seperti dulu.
‘Terima kasih juga kepada Abang Afzan kerna tanpa gambar tersebut tidak mungkin aku akan dapat menahan rindu dan menanti cinta ini. Gambar tersebut sebenarnya di ambil oleh Afzan semasa kami keluar bersama sebelum masing-masig sibuk dengan peperiksaan SPM. Entah kenapa Afzan menyerahkan gambar tersebut kepadaku. “Simpan untuk kenangan yang pasti berguna suatu hari nanti,”ujar Afzan.


Assalamualaikum dan Salam One Malaysia.
Bulan April sudah tiba dan apa ada pada 1 April?
Ni saya nak cerita sikit pasal 1 April iaitu April Fool.
Take note ya saudara-saudara saya(Islam).
Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar.
Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.
Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.
Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”
Surah Al-Hujurat: 48
Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine’s Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.
Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.
Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.
Fikirkan dan renung-renungkanlah……..
Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor
Sumber daripada : (Klik Di Sini)