Assalamualaikum,
Sharing is Caring.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 -
5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa
kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu
anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka
pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana
banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang
gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi
itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu
bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi
itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka
berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki
tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana
ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka
untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah
menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak
diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana
pernikahan itu tidak sah!!!
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu
TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah
kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang
wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan
menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh
bernikah.>
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam
keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari
pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2
imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi
mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka
mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia
atau pun diakhirat....
Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu
perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan
Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku
Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan
sekalian alam'.
Wassalam.
nota meja : so kawan2 menjauhi lebih baik dari mengubati bukan?







