Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Friday, January 14, 2011

NoPen : Kau Cinta 1


'Damia... Jangan tinggalkan aku please! Can you just stay here with me? Damiaaaaaaa!'

Gedebuk!

Aduh! Sakitnya. Ish! Potong line sungguh. Sedap-sedap aku tengah mimpikan Damia. Tup!Tup! Jatuh lagi. Memang asyik kena buang dari katil je. Rafiq menggumam sendirian sambil mengeliat kesakitan.

Damia oh Damia. Dimanakah kau sekarang?? Aku tengah sakit rindu pun kau buat tak tau je kat sana. Sampainya hatimuuuuuuuuu. Ah! Better aku mandi dululah. Tak pasal-pasal aku kena ceramah mummy nanti. Huhuhu.

--------------------

Siapa Damia? Mesti korang heran kan? Nampak sangat Damia ni special wat aku. Damia ni bestfriends aku sejak dari sekolah menengah dulu. Apesal?? Tak boleh ke seorang lelaki dan seorang perempuan tu jadi kawan baik? Jangan risau. Kami masih tahu menjaga batas-batas pergaulan dalam islam. Kita berdua kawan baik sebab dua-dua family memang dah kenal dan family dia suruh aku jaga dia dan family aku suruh dia jaga aku. Ada faham tak? Macam saling bergantung antara satu sama lain. Kalau dulu masa sekolah, ada je orang buli Damia,akulah heronya. Dan sebaliknya bila ada orang buli aku,Damialah heroin nya..hahaha. Mana de orang buli aku. Aku je yang suka cari masalah. Dan Damia la yang bertindak sebagai penghalang aku untuk menimbulkan masalah. Haru aku. Haru. Sedih sebenarnya. Bila Damia dah pergi ke UK,sunyi pulak aku kat Malaysia. Sampai hati kau ye Damia.

Ada pulak minah ni kata "Aku malaslah nak balik ke Malaysia dulu. Tak ada hati dah. Mak dan abah pun dah takda. Aku pulak satu-satu je tinggal. Kat sini,aku dah dapat kerja. Kira ok la. Jurugambar sampingan. Best gak. Travel sana-sini. Gaji besar. Dapat gak aku hidup.Hehehe."

Amboi! Ikut sedap mulut je dia kata camtu. Habis dia ingat family aku tak care pasal dia ke? Hari-hari mummy tanya aku,ada berhubung dengan Damia tak? Damia apa khabar? Aku jawab jer,Damia sihat. Damia kirim salam kat mummy. Padahal dia tak ada pun nak reply aku punya email. Kadang-kadang sebulan sekali. Kadang-kadang dua bulan sekali. Kadang-kadang setahun sekali. Hampeh betul lah minah tu. Dah 5 tahun kau kat sana Damia. Balik la oi.

-----------------

Entah kali ke berapa Rafiq menyeru-nyeru nama Damia di dalam hati. Berharap Damia mampu mendengarnya dan terus pulang ke tanah air. Setelah mengeringkan rambutnya yang basah itu,Rafiq lantas bergerak ke meja komputernya untuk menyemak email yang baru datang sekaligus melayan rakan-rakan sibernya di laman sesawang Facebook.

Rafiq meneliti satu persatu mesej yang dihantar ke alamat emailnya. Hmm...tak ada yang menarik. Semuanya mesej dari Facebook yang banyak bertimbun. Tiba-tiba... DAMIA!! Mesej dari Damia la. Tau-tau je minah ni aku tengah rindu kat dia.


Assalamualaikum!!!! Rafiq!!! I miss you so much bebeh!
Pa khabar engko?? Lama tak dengar citer..haha
Sorry beb. Aku yang lama tak reply engko punya email.
Busy. Busy. Busy. Bulan lepas je banyak mat salleh ni 'booking' aku..hehe
Jangan salah faham k my lalang. Diorang minta aku ambil gambar je..huahuahua
Btw, Next week aku balik Malaysia. Engko jangan tak ambil aku kat airpot nanti.
kalu tak ambil,siap engko! Tak nak friend. oK!
Nanti aku hantar g email kat engko confirm hari aku balik.
Kirim salam kat mummy. I miss her so much!
Kat Abe Airy, Adif, Qis, Aysa n daddy jugak...
hehe klu la daddy baca minta sorry kat dia...
bru ingat tu...
Bye <3>
Muahhhh!

With love,Damia

Alahai!!! Damia. Terubat jua rindu aku dekat kau. Yes! Kau balik juga akhirnya. Rafiq terus mereplykan mesej Damia. Setelah mengklik butang 'send',Rafiq terus melompat-lompat kegembiraan sambil menjerit "Mummy!!!! Damia balik next week!! Yahooooooo!!"


To be continued~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...