Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Sunday, April 3, 2011

Menanti Sebuah Jawapan


Kini.

Lewat petang itu makin bertambah suam-suam sejuk pabila angin bertiup menderu dari arah selatan. Kiranya musim luruh kali ini mengalami perubahan iklim akibat pemanasan global yang semakin menjadi-jadi. Aku menyusuri tepi tasik di Yeoiudo Park sendirian sambil memerhatikan tingkah manusia yang lakunya jalan beriringan bersama sang kekasih. Ada juga yang beriadah bersama keluarga. Tidak kurang juga si jurugambar dengan kelincahan jari jemarinya merakam beberapa panorama indah di Yeoido Park. Terkenang pula saat ku di Malaysia terutama sekali di negeri kelahiranku,Sarawak Tanah Airku. Kalau petang-petang sebegini sudah pasti aku bersama rakan-rakan mahupun keluarga keluar beriadah di Taman Bulatan,Miri. Hampir sama keadaan disini seperti disana. Cuma yang membezakannya kali ini ialah aku sendirian dan cuaca beriklim musim luruh menemaniku.

“Agaknya bilalah aku akan kembali ke Malaysia?”keluh aku sambil memeluk tubuh memerhatikan sekawan itik yang berlegar-legar di tengah tasik tersebut.

Terkenang kembali aku akan satu email semalam dari Uncle Razif,bapa saudaraku sebelah ayah. Dia berkali-kali menggesa aku pulang segera ke Malaysia. Namun berguni-guni jua alasanku untuk tidak pulang. Entahlah dan entah jua sampai bila aku akan bertenggek di Negara orang.

To:

From:

Assalamualaikum anak saudaraku,bilakah Aisha hendak pulang ke Miri? Uncle sedang kekurangan tenaga kerja untuk membantu di ladang ini.. Hopefully Aisha dapat segera pulang. Family di sini sudah merindui Aisha.. Kalau jadi,cepat-cepat maklumkan kepada Uncle. KrisTiara sangat-sangat memerlukan kehadiran Aisha. Salam Rindu dari Miri,Sarawak. Uncle Razif.

Walaupun mesejnya cukup ringkas namun sudah mampu membuatku memahami isi tersurat. Tiga hari sudah cukup membuahkan rindu. Apatah lagi jika sudah tiga bulan lamanya. Lara hatiku tak siapa mampu menduga. Hadirku di sini hanya untuk membiarkan persoalan itu terkubur di sana. Tapi,sudahkah ia terkubur atau masih menanti?

-----------------------

2005.

“Selamat Pagi kelas!”

“Selamat Pagi cikgu!” sahut pelajar-pelajar kelas 5 Alpha.

“Okey,kelas. Silakan duduk. Aisha,masuklah. Kelas awak ni.”Cikgu Jelita mempersilakan aku masuk ke kelas tersebut. Teragak-agak kakiku melangkah. “Kelas,hari ni kamu semua menerima seorang pelajar baru. Perkenalkan diri awak di hadapan kawan awak.”

Aku memalingkan badanku di hadapan kelas. Aku sudah mula berpeluh sejuk. Kalau hal berhadapan dengan orang yang aku belum kenali inilah membuat aku sudah berasa lemah sekali. Namun aku gagahi jua.

“Hello. Saya Dayangku Aisha Humaira bt. Awangku Fareezshah. Panggil saja Aisha. Saya dari SMK Luar Bandar berpindah ke sini. Harap anda semua dapat menerima saya.”Kata-kataku ternoktah di situ sahaja. Aku dan cikgu Jelita hanya saling berpandangan dan memberi isyarat bahawa aku sudah selesai.

“Fuyoo! Panjangnya nama. Kerabat Dayang Nurfaizah tu.”tegur salah seorang pelajar yang duduk paling belakang kelas. Sebelah sisinya terdapat satu tempat kosong. Agak-agaknya aku akan duduk di sebelahnya.

“Kalau tak pun,penyanyi Dayangku Intan.” Sampuk lagi dari seorang pelajar sambil mengetawakan aku. Aku hanya tersipu-sipu di hadapan kelas. Hari pertama sudah jadi seperti ini. Memang sudahku jangkakan sejak dari rumah lagi.

“Okey,Aisha. Awak boleh ambil tempat kosong di belakang sekali. Irfan.jemput kawan awak ni duduk.” Aku melangkah perlahan ke belakang kelas. Sesekali aku rasa rimas dengan pandangan rakan sekelas baruku yang memandangku sampailah aku tiba di tempat duduk. Aku menghadiahkan senyuman kepada Irfan,jiran sebelahku.

Cikgu Jelita kembali kepada pengajaran dan pembelajaran kelas. Sementara aku pula sudah serasi dengan rakan sekelas aku yang ada di belakang ini. Di sebelah aku sudah semestinya Irfan Aqimi. Dihadapan kami berdua ialah Syauqiyah dan Yasmin. Sempat juga kami berbual-bual sehinggakan guru di hadapan pun tidak di pedulikan. Malah guru di hadapan pun tidak seperti endahkan kami.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Kami berempat sudah menjadi empat sekawan walaupun hendak kemana-mana sahaja. Irfan tidak kisah apa yang dikatakan rakan-rakan sejenisnya memandangkan antara kami berempat hanya dia sahaja kumbang. Bila aku bertanya kepadanya kenapa tidak selalu rapat dengan rakannya yang lain seperti Goh Siew Ann,Ranjit,Gabriel,Hazwan dan lain-lain? Nak tahu apa yang dijawabnya? Begini “Sidak ya mun di embak main boleh. Kalau di embak belajar,liat sikit olah sidak ya. Lagipun mun geng dengan kitakorang perempuan tok,ilmu dapat,popularity pun dapat. Tak gitu, my darling?” Katanya sambil mengenyitkan mata. Erks! Perasan sungguh dia.

Kala suatu hari dalam cuti pertengahan tahun, Irfan mengajak aku serta Syauqiyah dan Yasmin keluar sambil mengisi masa-masa cuti yang membosankan. Kebetulan abang kepada Irfan, Afzan sudi menjadi drebar kepada kami berempat. Destinasi utama kami ialah Kompleks Bintang Megamall,diman tempat itu memang popular dengan kehadiran pengunjung Miri serta tidak kurang juga rakyat Brunei memang suka membeli belah di sini.

“Korangkan nak ambik SPM tahun ni,sempat pula nak shopping. Study ke tidak ni? Tak taulah korang ni. Kalau si Irfan ni, satu hari depan game je. Tengok result, terer jugak.” Afzan bersuara.

“Biasalah si Irfan ni kan ada puteri-puteri tolong. Sebab itulah dia ni terer jugak dalam kealpaan. Fuyoo! Ayat aku. Bombastik sudah.” Sahut Syauqiyah. Mereka rata-ratanya ketawa mendengar kata-kata Syauqiyah. Tapi tidak bagi aku. Aku terleka memandang orang yang lalu lalang di sebalik cermin kaca Restoren Pizza Hut.

“Hoi! Termenung pula dia ni. Fikirkan aku ke?” Dia membalingkan gumpalan tisu ke mukaku. Badanku tergerak ke belakang sikit akibat terkejut. Lamunanku mati serta-merta.

“Tak kuasa aku nak fikirkan kau. Aku tengah fikirkan pakwe lama aku. Sihatkah dia? Kenyangkah dia? Kita sekarang sedap-sedap je makan di Pizza Hut ni. Kalu dia dengar,mesti kecil hati.” Dengan selambanya aku mengeluarkan kata-kata itu seolah-olah mahu memprovok Irfan. Irfan nampaknya sudah menarik muka masam dan aku hanya tersengih memandangnya. Yasmin pula di sebelahku mencuit tanganku. “Ouch! Sakitlah,Min. Kau ni.”

Sebenarnya aku memikirkan kata-kata Yasmin dan Syauqiyah seketika kami di Popular Bookstores. Masa itu, kami semua berpecah ke destinasi masing-masing dimana Irfan dan abangnya masuk ke Parkson dan kami bertiga terus langsung ke Popular Bookstores.

Ketika itu sedang asyik memilih novel-novel di rak bahagian novel melayu. Yasmin lantas menghampiriku. Aku hairan melihat tingkahnya yang kejap-kejap menoleh. “Apahal kau ni? Macam nak mencuri je.” Tanyaku kepadanya.

“Huish. Selisih simpang malaikat 44. Aku nak tengok kalau-kalau ada kelibat si Irfan ni. Kalau ada,susah aku nak poret dengan kau ni. Okey. Clear sudah.” Akhirnya dia kembali normal apabila sudah dapat memastikan ketiadaan Irfan di situ. “Macam ni. Kau ada perasan something tak?”

“Perasan? Perasan pasal apa?” Mataku masih terpaku meneliti synopsis novel ditanganku.

“Irfan sukakan kau. Seriously,aku perasankan tingkah lakunya memang aneh sejak kau tiba hari pertama lagi. And that day aku tanya dia,kau nak tau dia jawab apa? Yes! He like you! Bertuahnya kau.” Dengan penuh keterujaan Yasmin bercerita.

“Merepek je lah kau ni Yasmin. Kami berdua kawan je. Macam teman tapi mesra tu. Lagipun,dia kan dah ada gerek(kekasih).” Sangkal diriku. Walhal aku juga turut menyimpan rasa hati.

“Mana kau tahu dia dah ada gerek? Setahu aku,Irfan ni memang banyak kawan perempuan tapi satu pun tak melekat. Kalau dia nak bergerek sekali pun, dah tentu aku atau Syauqi pun boleh jadi gerek dia. Tapi,dia sukakan kau.”

“Beginilah Cik Yasmin. Kan tahun ni kita nak SPM. So, bab cintan cintun ni saya tolak tepi dulu ya.”

“Oh ya? Okeylah. Aku harap kau dua orang ni jadi tau. Sweet sangat. Tapi,kau kata tahun ni SPM,kenapa kau berdiri kat rak novel ni? Buku-buku SPM kat sana. Jom!” Yasmin menarikku dari rak Novel tadi ke rak buku SPM. Nasib baik aku sempat mencapai satu novel dari situ.

Sejak hari itu,kami berempat kembali sibuk menelaah pelajaran untuk perjuangan besar kami iaitu SPM. Isu tentang Irfan sukakan aku terkubur begitu sahaja dn kami semua menjalani kehidupan seperti asalnya. Sesungguhnya tahun 2005 ini begitu bermakna bagiku kerana mempunyai sahabat seperti mereka walaupun baru beberapa bulan berkenalan. Susah senang dihadapi bersama.

------------------------------

2010. Pertemuan semula.

Deringan telefon Pejabat KrisTiara di atas meja tulisku menyedarkan aku dari kesibukan timbunan kerja. Ruang yang berselerak dengan kertas-kertas kerja menyukarkan aku mengenalpasti kedudukan telefon tersebut. Rupa-rupanya ia terselindung di sebalik beg kerjaku.

“Hello.KrisTiara Holding. Aisha’s speaking.”

“Hello. Aisha! Aku ni,Yasmin. Kau tak rindu aku ke?” kedengaran suara dari talian sebelah sana.

“Ya Allah! Yasmin! Tentulah rindu. Kau kat mana ni? Eh,Kau pergi ke tak reunion yang Hazwan buat tu?”soalku.

“Aku kat KLIA ni. Jap lagi flight ke Miri. Tunggu je aku kat reunion tu nanti. Syauqiyah telefon aku semalam. Dia dan Irfan akan balik esok. Aku tak dapat nak tunggu diorang ni. Hazwan bagi aku job pulak untuk hari tu. Aku tak dapat lama ni. Jumpa kau kat Miri ye. Assalamualaikum.”

Aku meletakkan gagang telefon setelah menjawab salamnya. Lima tahun lamanya sudah berlalu. Dan dalam lima tahun itu juga kami berempat telah terpisah dan hany berhubung melalui email dan telefon sahaja. Aku dan Yasmin hanya dapat melanjutkan pelajaran di dalam Negara sahaja manakala Syauqiyah dan Irfan berjaya mendapat tawaran ke Australia dan juga telah mendapat kerja di sana.. Manakala aku sekarang sebaik sahaja selesai belajar di Universiti Putra Malaysia dalam Diploma PengurusanTani ,aku berkhidmat di syarikat keluarga iaitu KrisTiara Holdings. Dan lima hari akan datang telah diadakan pertemuan semula warga 5 Alpha yang akan diadakan oleh Hazwan iaitu di rumahnya sendiri bersempena Majlis Doa Selamat adiknya,Hasmin. Pasti riuh keadaan pada masa itu kerana semua sudah lama tidak berjumpa.

-----------------------

Majlis Doa Selamat di rumah Hazwan.

“Aisha, tambahlah sikit lagi lauk tu. Kau diet ek? Kuruslah kau sekarang ni. Dulu chubby dan kiut bukan main.”sapa Irfan.

Aku yang tengah khusyuk menikmati makananku mendongak kepala ke atas. “Hei,Irfan hensem! Apa khabar? Biasalah aku ni, busy jadi bussineswoman.”Ujarku sambil memuntahkan ketawaku.

Dia hanya tersenyum memandangku. Dan bicara kami mati begitu sahaja. Aku yang tidak ambil kisah terus menyambung kembali suapanku. Tapi dari sudut hatiku,dia kelihatan aneh sekali dan tidak seramah dulu. Kenapa ye? Biasanya,dialah yang memang becok bila berbicara. Mengalahkan si burung kakak tua.

Apabila sudah berlama di situ,akhirnya kami berempat bersatu kembali. Rata-ratanya warga 5 Alpha berkumpul mengikut puak masing-masing. Dan seperti biasa kami berempat bila sudah membuka mulut,memang kecoh. Memang tampak berbeza jika aku dan Irfan berbual berdua. Ketika inilah masing-masing membuka rahsia yang lima tahun tersimpan. Syauqiyah tidak lama lagi akan berumahtangga bersama lelaki pilihannya iaitu warga Australia. Yasmin pula akan bertunang hujung minggu ini. Irfan katanya masih ‘single but not available’? Maksudnya apa? Aku pun tidak mengerti. Bila mereka bertanyakan soal itu kepada aku, aku menjawabnya dengan selamba di selangi denga tawa kecil, “Aku dah kahwin dengan pak kambing.” Hampir tersedak mereka mendengar aku kata seperti itu. Kemudian mereka pun ikut ketawa bila memahami maksudku yang membawa erti aku kini bekerja dengan KrisTiara Holdings dalam bahagian perladangan dan ternakan.

---------------------------

3 bulan kemudian.

Kini,hanya aku dan Irfan sahaja yang masih tinggal di Miri. Syauqiyah sudah kembali ke Australia dan Yasmin terus menyambung khidmatnya di Kuala Lumpur. Satu hari,Irfan mengajakku keluar dan aku bersetuju kerana hari itu adalah satu hari minggu yang membosankan.

Seperti biasa tempat kegemaran kami ialah Restoren Pizza Hut. Irfan telah memilih satu tempat duduk yang memang kami berempat dahulu jika ke situ. Terimbau pula kenangan lama. Hampir setengah jam kami di situ,tiba-tiba dia mengusulkan satu soalan yang kiranya agak aneh bagi seorang insan pelik sepertiku.

“Kau dah ada yang punya ke?”

Aku hanya memandang pelik wajahnya tanpa mejawab soalannya.

Irfan kembali bersuara. “Sudah lama aku nak bagi tahu kau. Sebenarnya sejak kali pertama mengenali kau.”Suaranya terhenti.

Aku pula yang menyambungnya. “Kau sukakan aku?”

Dengan perlahan dia mengganggukkan kepalanya. “Sebelum aku pergi ke Australia,aku ada nak bagi tahu kau. Tapi yelah, kita masing-masing sibuk uruskan diri masuk ke pengajian tinggi. Jadi,aku diamkan sahaja. Dan sebaik sahaja aku mendengar tentang status kau hari tu,hatiku lapang sungguh.”

“Tapi,apa maksud kau ‘Single but not available’?” ajuku serta merta.

“It is only available for you. There is no body but you. Trust me. I love you.”

Serta merta ku rasakan jantung ini hendak jatuh dari tangkainya. Tidak pernah ku menerima ucapan sebegini sebelum ini. Aku cuba mengawal diri. Lama aku membisu dan berkerut wajah. Dia masih menagih jawapanku.

“Aku terkejut. Kau faham tak? Erm. Boleh beri aku sedikit masa untuk membuat keputusan. Ini terlalu drastik.” Akhirnya aku meninggalkan dirinya terkulat-kulat sendirian di situ.

--------------------------

Semenjak kejadian itu, tidak putus-putus panggilan telefon dan SMS datang darinya. Kadang-kadang aku mahu menjawab panggilannya. Kadang-kadang tidak. Akibat bosan dengan pertanyaan yang sama darinya,aku membuat keputusan untuk menuruti arahan Uncle Razif yang mengamanahkan aku untuk mempromosi produk kami di Korea. Pada asalnya tempoh yang di berikan oleh Uncle Razif sebulan sahaja. Dan seterusnya akan di gantikan dengan staff yang lain. Namun,akibat kedegilanku yang tidak mahu menyelesaikan persoalan Irfan ini dengan segera,makanya aku menghilangkan diri di Negara orang sehinggalah hari ini. Sudah menghampiri bulan ketiga.

Sebenarnya rasa cinta kepada Irfan memang sudah membenih di hati ini. Tapi aku tersepit dengan kehendak ahli keluarga yang menginginkanku memilih seorang pemuda yang setaraf dengan kerabat kami. Seelok-eloknya pemuda yang memegang nama Awang atau Awangku dihadapannya bagi terus memelihara warisan ini sehingga ke anak cucu serta cicit. Sememangnya hampir semua ahli keluarga mahukan begitu,Cuma Uncle Razif saja yang berfikiran terbuka. Sedangkan dirinya tidak terlalu memilih bangsa dalam memilih isteri. Isterinya, Aunty Maria seorang berbangsa Kenyah dan muallaf lagi. Jadinya,dia menitipkan pesan kepadaku agar berfikir dengan sebaik-baiknya kerana ini adalah masa depanku.” Jangan terlalu terikut-ikut kehendak ahli keluarga yang lain,kelak pasti rugi sendiri kerana cinta yang kamu pasti yakin milik kamu di lepaskan begitu sahaja.”

Aku mengeluh. Akhirnya aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Uncle Razif. “Assalamualaikum,Uncle. Aisha ni. Aisha dah tempah tiket. Esok Aisha balik. Okey. Bye.”

----------------------------

Kini. Jam 11 malam. Lapangan Terbang Miri.

Ting!

“Mengumumkan ketibaan pesawat MH2793 dari Kota Kinabalu.” Kedengaran suara dari interkom.

Aku dengan susah payahnya menolak troli barangan aku keluar dari balai ketibaan sehinggakan ada bagasi aku hampir terjatuh. Tiba-tiba ada seseorang membantuku. Aku yang leka menunduk tidak perasankan siapa yang ada di hadapanku. Ketika hendak meletakkan kembali bagasiku di atas troli,tangan kami berdua hampir bersentuhan. Aku terkejut dan pegangan tangan aku pada bagasi itu terlepas. Aku lantas memandang wajah manusia itu.

IRFAN AQIMI!

Aku menjadi kaget seketika. Dia dengan ringannya membantuku menolak troli bagasi sampai ke bontot keretanya. Aku tanpa suara hanya mengikuti gerak langkahnya. Aku hanya memerhati dirinya memunggah bagasiku masuk ke dalam bonet kereta. Sehinggalah sampai saat tangannya mencapai satu kotak hadiah, aku katakan padanya “Itu untuk kau. Ole-ole dari Korea.” Akhirnya,dia tidak jadi menyimpan di dalam bonet dan membawanya ke dalam kereta.

Aku duduk di sebelahnya iaitu ruang penumpang bahagian hadapan. Aku pandang wajahnya. Kenapa dia asyik membisu seribu bahasa sahaja. Sebelum sempat dia hendak menghdupkan enjin,aku mencapai hadiah tadi dan menyerahkan kepadanya. “Bukalah.”

“Sekarang?”

Aku mengangguk. Semasa dia sedang bersungguh-sungguh membuka hadiah tersebut,aku memohon maaf kepadanya. “Aku minta maaf sebab ku pergi tanpa memberitahu kau.”

“Tak apa. Uncle Razif sudah jelaskan kepadaku. Ini?”sahutnya sambil menunjukkan satu bingkai gambar hati yang didalamnya tersisip gambar kami berdua. Dia mencapai bingkai tersebut dan memandangnya tanpa berkelip.

Aku gagahi untuk mengucapkan kata keramat itu. Dengan ucapan bismillah, “Aku juga cintakan kau.”

Dia lantas memandang ke wajahku. Aku terasa mukaku terasa sikit panas. Blushing agaknya. Tiba-tiba aku terasa gerun dengan pandangan matanya yang tidak berkerdip itu.

“Aku tak mimpikan? Tolong tampar muka aku kejap.” Arahnya sambil menarik tanganku untuk menampar mukanya.

“Kau mimpi je. Dah,cepat! Aku nak sampai rumah cepat ni.” Aku pura-pura merajuk dan aku tidak menampar dirinya sebaliknya mencubit lengannya. Dia mengaduh kesakitan.

“Terima kasih,Aisha.”ucapnya. Dia akhirnya tersenyum gembira dan kembali mengusikku seperti dulu.

‘Terima kasih juga kepada Abang Afzan kerna tanpa gambar tersebut tidak mungkin aku akan dapat menahan rindu dan menanti cinta ini. Gambar tersebut sebenarnya di ambil oleh Afzan semasa kami keluar bersama sebelum masing-masig sibuk dengan peperiksaan SPM. Entah kenapa Afzan menyerahkan gambar tersebut kepadaku. “Simpan untuk kenangan yang pasti berguna suatu hari nanti,”ujar Afzan. Lima tahun aku mencari jawapan dan setelah lima tahun akhirnya semua persoalan tentang hati terjawab.

4 comments:

  1. Thanks for an idea, you sparked at thought from a angle I hadn’t given thoguht to yet. Now lets see if I can do something with it.

    clomid

    ReplyDelete
  2. Wau.. Fantastic story,but I wish you find a new trend of your story, don't take an old idea from other writer,, just be yourself and honest towards story and you will pass of with flying colours...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...