Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Sunday, January 23, 2011

(NoPen)Mat Joging:Part 1



"Alahai,aku nak buat apa ni? Bosan sungguh bila mengalami zaman tanam anggur ni. Bila la aku nak dapat kerja ni." Dhia duduk termenung di sisi jendela rumahnya. Tiba-tiba Dhia mendapat satu idea.

"Lama aku tak joging ni. Dah bertahun-tahun rasanya. Rasa nak pergi joging je ni. Dapat juga hirup udara segar sambil cuci-cuci mata. Ahaks!"Tiba-tiba saja aku nak buang tabiat ni. Aku ni bukannya jenis yang suka senam-senam ni. Cuba je dulu. Dhia lantas mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Aunty Lia untuk menemaninya bersama-sama berjoging pada petang ini.

"Aik,buang tabiat ke anak saudara aku yang sorang ni? Apasal tiba-tiba nak ajak aunty keluar joging ni? Tak pernah-pernah pun sebelum ni."Aunty Lia aku terkejut beruk bila mendengar ajakanku. Haha.

"Ala...aunty. Bosan giler ni. Duk sorang-sorang kat rumah ni boleh jadi gila tau. Nak jalan-jalan shopping pulak,memang habis duit simpanan ni. Boleh la aunty. Temankan Dhia okey! Nanti Dhia dapat kerja ada gaji, Dhia belanja Aunty puas-puas okey! hehe" Auntyku ni nak kena ayat-ayat sikit. Kalau tak.takde dia nak mengikut aku ni. Aku masih tersengih-sengih menunggu balasan dari Aunty Lia. Kalau la dia tengok aku tengah camni,panjangla syarahannya.

"Hurmmm...okeylah.Lama jugak tak joging ni. Banyak tumbuhan lemak dah membiak ni. Singgah dulu kat rumah aunty sekejap. Joging kat bukit tu je okey. Semput aunty nak joging jauh-jauh." Aunty Lia memberi arahan dan aku mengangguk sahaja. Eh,mana le dia nampak aku mengangguk. Aku pantas mengiakan dan menamatkan perbualan kami berdua. Aku lantas mengenakan seluar track-suit dan baju lengan panjang dikenakan lagi dengan tudung hitam. Nampak smart. Aku menilik diriku di cermin. Eh, apasal nak smart-smart giler ni? Aku kan nak pergi joging je. Ahaks!

Dhia melangkah perlahan menyusuri jalan-jalan di perumahan Anggerik menuju ke rumah Aunty Lia. Rumah Aunty Lia terletak tidak jauh dari Rumah Dhia. Hanya selang satu lorong sahaja. Di dalam perjalanannya,dia terlihat sebuah rumah di hadapan simpang jalan masuk ke rumahnya iaitu selang empat buah rumah dari rumah dirinya sudah berpenghuni. Sebelum ini,rakan baik Dhia,Myra dari Kuala Lumpur yang menyewa di situ. Tapi itu setahun yang lalu sebelum Myra pulang semula ke Kuala Lumpur. Agak-agaknya siapa ye yang tinggal kat situ. Biarlah menjadi titik persoalan di mindaku.

---------------------------

Semasa berjoging semalam,sempat juga aku merisik Aunty Lia bertanyakan siapa jiran baru yang di depan simpang jalan rumahku itu. Manalah tau Aunty Lia tahu siapakah gerangannya. Ya lah,kalau nak tunggu aku yang nak bertanya sendiri dengan jiran aku tu,alamatnya tak sampailah. Aku ni jenis yang malas nak ambil tahu pasal orang-orang sekeliling. Aunty Lia menyatakan dia ada terlihat seorang pemuda di rumah itu. Tapi masih belum menegur dia lagi. Hmmm....apa-apa sajalah. Ada aku kisah? Rasanya kisah juga. Dia hensem ke tak? Umur berapa? Kerja apa? Dah berpunya ke tidak. Soalan yang itu aku tak tanyakan di hadapan Aunty Lia. Nanti tak pasal-pasal aunty ku yang sorang ni buat gosip depan kaum kerabat aku yang lain. Bisa juga mulut dia ni. Kena hati-hati. Ahaks!

Pon! Pon!
Hon dibunyikan di hadapan rumah menunjukkan bahawa ada surat yang datang. Abang Posmen ni kacau aku punya mood nak beranganlah.

"Adik,ada surat nak kena sain ni,"Abang Posmen menghulurkan surat dan borang penerimaan yang perlu aku tandatangani. Aku tahulah abang Posmen. Kalau kau tak hon,retinya tak ada la surat yang aku nak sain ni. Huh. Getus Dhia di dalam hati.

Untuk tidak mahu membuang masa di luar,aku pantas menandatangani borang itu dan 'merampas' surat itu dari tangannya. Abang Posmen mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi untuk menghantar surat ke tempat lain. Aku masih tercegat dan malu sendiri. Sepatutnya aku yang mengucapkan terima kasih tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sebelum masuk ke dalam rumah,kepala aku sempat melilau-lilau ke arah rumah pemuda misteri itu. Entah apa yang aku nak gelar jiran baru ku tu,aku panggil je la Pemuda Misteri. Kereta Toyota Viosnya tiada di halaman. Dah turun pergi kerja la tu. Apasal aku tiba-tiba nak ambil berat kat jiran baru tu? Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal dan lalu masuk ke rumah. Sebenarnya,aku menjadi hairan sendiri.

Surat yang baru dapat dari Abang Posmen tadi di belek-belek. Surat apa ni ek? Urusan dari Kerajaan? Dhia Najwa bt Sulaiman. Nama aku tu. Alamat? No 88 Jalan Melur 4 Taman Anggerik. Rumah aku tu. Bila pula aku berurusan dengan kerajaan ni. Haha. Hairan. Hairan. Dari tadi aku ni dah nampak pelik. Apa pula sakit aku kali ni?

Surat 'Urusan Dari Kerajaan' itu ku buka. Oh! Dari Hospital Miri rupanya. Ku baca dengan perlahan-lahan. Dan tiba-tiba mataku terbeliak dan rasa tak mahu kembali normal. Takut-takut apa yang di baca ku kini akan berubah bila sekali aku mengelipkan mata. Aku di terima bekerja di Hospital tersebut. Yahuuuuu! Aku dapat kerja. Akhirnya aku berjaya menamat zaman tanam anggur dan bergelar Miss Pharmacist. Hehe. Aku mencapai telefon bimbitku dan menekan-nekan nombor Aunty Lia. Aunty Lia semestinya orang yang pertama yang patut tahu. Dialah satu-satunya saudara rapatku. Aunty Lia melahirkan rasa gembiranya dan mengajak aku ke rumahnya malam ini untuk makan malam. Hehe. Makan malam free lagi lah malam ni. Okey jugak tu. Jimat barang-barang dapur aku. Aku nak masak? Kirim salam lah. Habis terbuang lauk di masak oleh aku sebab aku sendiri tak termakan. Mana tak nya,aku duduk sorang-sorang,jadi makan pun sorang-sorang.

Manakala,orang kedua yang patut tahu ialah rakan terbaik dan memang terbaik aku,Haifa. Aku menelefon Haifa dan mengajaknya keluar ke Mall pada petang ini untuk shopping dan meraikan aku yang tak lama lagi nak meninggalkan zaman tanam anggur. Haifa menyatakan persetujuannya dan aku berjanji akan mengambilnya di rumah pada petang nanti. Hatiku masih berbunga-bunga riang lalu melagukan nyanyian dari kumpulan Super Junior dari Korea. Senyuman aku bukan main lebar. Kalaulah ada orang lain melihat aku,gerenti mereka kata aku ni gila. Senyum sorang-sorang. Hehe.

Lewat petang itu,aku keluar untuk mengambil Haifa di Bandar Baru Cahaya. Apabila melalui di hadapan rumah Pemuda Misteri itu,aku sempat menjeling ke arah rumah itu. Kelihatan seseorang sedang membuat warming-up. Nak pergi joging la tu. Raut wajahnya tidak begitu kelihatan kerana dia menunduk namun sempat jua aku memuji di dalam hati. Sasa juga tubuh Pemuda Misteri ini. Tentu Kacak orangnya. Aduhai, penyakit gatal-gatal dah datang. Aku meneruskan perjalanan aku tanpa memandang ke belakang lagi. Pedal minyak di tekan pantas kereta MyVi ku meluncur laju di atas jalan raya.

Aktiviti aku dengan Haifa berjalan lancar pada petang itu. Dan kami berdua terkejut dengan kehadiran Tariq bersama kekasihnya yang menegur kami. Kami bebrbalas senyuman dan berbual-bual sebentar. Haifa menyedari kerimasan aku dan meminta diri dari situ. Sempat jua Tariq menghadiahkan senyuman manisnya kepada ku. Aku perasan dengan isyaratnya itu dan memaling mukaku. Bukan sengaja aku tidak mahu membalas senyumannya memandangkan Haifa terlebih dahulu berlalu,tapi tidak selesa rasanya. Takut-takut kekasih hatinya berjaya menghidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Sejujurnya ada tersimpan riak cemburu di dalam hatiku. Mana tidaknya,aku dulu pernah menaruh hati terhadapnya. Namun, dia menganggap kami hanya kawan dan aku pun menerimanya tanpa memberitahunya rasa hati ini. Tidak dinafikan kami berdua memang agak rapat dan boleh dikatakan belangkas di zaman universiti dahulu. Sebelangkas-belangkas Dhia Najwa dan Wafiy Tariq, Wafiy Tariq amat terkenal dengan sikap playboynya. Macam mana aku ni boleh jatuh cintan cintun dengan mamat playboy ni? Walau apa pun, Tariq lah satu-satunya kawan lelaki aku yang sporting. Peace!

2 comments:

  1. wah ... boleh jd seorg penulis novel lah .... mmg menarik ceritanya .... ( NIEYNA AMANINA )

    ReplyDelete
  2. Thanks kak...hehe.. :)
    Lain kali bantu kmk berik idea2 eh..k ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...