Hujan sejak Jumaat yang lalu,14 Januari 2011 telah mengakibatkan kawasan rendah di bahagian Miri telah dinaiki air. Kini hujan tidak henti-henti sehingga 18 Januari 2011 iaitu sekarang.
Bahkan tepat jam 7.10 petang pun hujan masih turun dengan lebatnya. Walaupun seketika pagi tadi cahaya matahari mula menjengah. Tetapi sebaliknya telah berlaku kepada sesetengah daerah seperti yang telah dimaklumkan kepada saya,kampung saya sendiri iaitu Daerah Niah sudah hampir dilimpahi air. Mungkin sekarang air yang melimpah di kawasan Niah hampir memutuskan jalan perhubungan penduduk ke jalan-jalan utama.

Image : Limpahan air sungai Niah yang naik akibat hujan tanpa henti.
Taken on: 18 Januari ( 0645-0730 am)
Source by: Chieff Qhadam
Adalah di nasihatkan bahawa ketika musim banjir
- Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Anyway,
Selamat Bertugas buat kawan-kawan daddy saya yang tengah menjaga Pusat Operasi Banjir Miri.

No comments:
Post a Comment