Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Saturday, January 15, 2011

NoPen : Kau Cinta 2


"Rafiq! Kenapa terjerit-jerit tu? Dengar jiran sebelah tak senonoh perangai anak mummy ni"mummy Rafiq iaitu Puan Noraiza cuba menegur Rafiq yang masih terkinja-kinja.

"Mummy! Ada berita best ni mummy. Best sangat-sangat!" Dengan nada cerianya Rafiq berlari-lari menuruni tangga.

"Kalau ye pun berita best ke, good news ke, cuba la jalan baik-baik sikit. Nanti jatuh mummy tak sambut."

Rafiq terus menghadap Puan Noraiza yang sedang bersantai di ruang tamunya. Sambil memegang bahu mummynya, "Anak mummy nak balik Malaysia!"

"Anak mummy yang mana ni? Kan semua ada kat Malaysia. Masakan mummy dah lupa mana perginya semua anak-anak mummy," Puan Noraiza masih terpinga-pinga dan kehairanan.

Rafiq masih tersenyum-senyum memandang mummy nya. Otaknya pantas berfikir. Anak aku yang mana pulak ni? Kan semua ada kat sini. Airy, Adif, Balqis dan Aysa semua tinggal serumah. Tak ada siapa yang pergi ke luar negara. Hurmmm. Hah!

"Damia! Damia nak balik? Bila? Anak bertuah. Rafiq,bila Damia balik?",bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan Puan Noraiza.

Senyuman Rafiq makin lebar. Rafiq terus melabuhkan dirinya di sebelah Puan Noraiza. "Entah la mummy. Yang pasti dalam email Damia tadi,dia beritahu minggu depan balik. Damia kirim salam untuk mummy. Mummy, lapar la. Mummy masak apa pagi ni?"

Puan Noraiza menyambut salam Damia di dalam hati. "Itulah,bangun lambat lagi. Ingatkan tak nak sarapan. Nasi Lemak Mak Cik Peah kegemaran kamu dah dihabiskan Adif tadi. Mi goreng masih ada tinggal tu. Pergi la sarapan. Nanti perut masuk angin pulak."

Ish! Adik aku ni memang pelahap. Cuba la tinggal untuk aku. Suka hati dia bedal aje. Gerutu Rafiq sambil melangkah ke dapur.

Puan Noraiza terus menyambung pembacaannya yang terganggu gara-gara melayan kerenah anak bujangnya yang satu itu. Di lubuk hatinya,dia bersyukur. Akhirnya terbuka pintu hati Damia untuk pulang ke Malaysia. 5 tahun cukup lama untuk menghimpun rindunya yang menggunung terhadap Damia. Damia merupakan anak angkatnya sejak kematian ibu bapa Damia semenjak Damia berada di Tingkatan 4. Damia yang juga merupakan sahabat rapat Rafiq dan janjinya kepada orang tua Damia bahawa dia akan menjaga Damia seperti anaknya sendiri.
Damia ditatangnya bagaikan minyak yang penuh. Tetapi entah apa yang merasuki minda anak gadis itu sehinggakan gadis itu membawa diri ke negeri orang. Bagaikan tidak sempurna janjinya kepada orang tua Damia akibat sikap Damia yang sebegitu. Selama ini tidak putus-putus dia berdoa agar Damia selamat di sana dan terbuka hatinya untuk kembali ke Malaysia. Alhamdulillah. Setelah 5 tahun berlalu,akhirnya Damia kembali jua ke pangkuan mereka.

Kenapa pula aku masih tercegat kat sini? Lebih baik aku kemas-kemaskan rumah. Kalau Damia datang nanti aku nak sediakan sesuatu yang special untuknya. Puan Noraiza pantas bergerak untuk memulakan tugasnya bagi menyambut kedatangan anak bertuahnya,Damia.

-----------------

Lapangan Antarabangsa Kuching.
Pada hari yang sama.

Dari jauh kelihatan seorang wanita masih terkial-kial memunggah barangannya dari balai ketibaan. Begitu payah sekali nampaknya kerana barang-barangnya lebih kurang 3 bagasi besar dan dua buah kotak. Dengan payah, wanita tersebut menolak troli barangannya bergerak ke luar dari balai ketibaan.

Erh....beratnya. Sepatutnya aku tinggal je barang-barang tak guna ni kat sana. Tapi sayang la pulak. Di belakangnya terjinjing satu kotak besar yang menyerupai alat muzik cello. Manakala di tangannya lagi satu lagi travel beg menyukarkan lagi pergerakannya.

"Assalamualaikum, boleh abang tolong?"
"Wa'alaikumussalam. Tak payah. Kudrat masih kuat nak angkat barang-barang ni semua,"dengan sombongnya wanita itu berkata dan tidak melihat wajah yang menyapanya tadi sambil mulutnya asyik mengomel sendirian . Aiseh, mana pulak pergi Along aku ni. Kata dah sampai. Ada pulak mamat tak senonoh kacau daun.

Amboi. Sombong pulak Damia ni. " Ye ke? Kalau gitu,tunggu la sorang-sorang kat sini. Tak payah balik rumah ok. Bye. Orang nak tolong,sombong pulak."

Terkejut dengan kata-kata tersebut. Damia pantas menoleh. " Eh, Along ke ni? Hehehe.... Tak cam la tadi. Sorry. Suara macam orang gatal aje la. Hehehe... Kak long mana? Dia tak ambil Mia ke?"

"Itulah. Kalau ada orang tegur tu,toleh la sekejap. Ni tak? Main jawab je. Kalau orang nak culik Mia ni senang aje tau. Main rembat je. Jom! Kak Long tengah tunggu dekat parking sana. Aril merengek tak mahu keluar dari kereta. Takut tengok yang terbang-terbang tu" Along terus menyambut barang-barang Damia dan membawanya ke kereta.

Hehe..penakut betul la anak buah aku sorang ni. Kapal terbang pun nak takut. Bukannya makan orang pun. Aku masih lagi tergelak.

Amboi. Sedap betul dia gelak sorang-sorang kat sana. "Damia Syarmilla bt Arshad! Cepat la sikit langkah tu. Mak Ngah dah tunggu lama kat rumah tu."

"Ok. Sekejap. Slow la sikit. Berat cello ni tau tak."

Dari jauh,Kak Long melambai-lambai ke arah kami. Setelah menyimpan barang-barangku di bonet kereta,aku lantas menyalami Kak Long. Kak Long menjemput aku masuk ke dalam kereta dan kelihatan Aril yang duduk disebelah aku begitu lena. Kasihan. Mesti bosan sangat tunggu aunty Mia ni datang. Hehe.

Di dalam kereta, Along dan Kak Long aku rancak berbicara. Apa yang di bualkan aku pun tak ambil kisah. Terus melayani perasaan. Banyak rupanya pembangunan baru di Bandar Kuching ini. Kalau di Miri,pasti lebih banyak lagi. Mengenangkan Miri,aku teringat Rafiq. Hehe. Sebelum berangkat ke Malaysia,aku sudah mengirim email kepadanya yang menyatakan aku
akan pulang minggu hadapan. Tapi,dia tak tahu yang aku pulang awal dari tarikh yang aku berikan. Hehe. Saja nak surprisekan mummy nanti. Kalau la dia tahu aku dah kat Malaysia sekarang ni,apa pulak reaksinya. Hehe. Idea jahat aku dah datang.

Setibanya sahaja aku dirumah,aku terus melabuhkan badan aku di atas katil. Penat terasa sebaik sahaja sampai ke rumah. Kenapa la penat ni tak terasa semasa dalam perjalanan tadi. Dapat la aku tidur . Tetapi sebaliknya,aku hanya membeliakkan mata aku sepanjang perjalanan aku ke tanah air. Lama-kelamaan Damia pun tertidur sehingga tidak sedarkan hari sudah menginjak senja.

Tok! Tok!
Daun pintu pun dibuka. Damia masih kelihatan nyenyak dalam lenanya. Mak Ngah Ida lantas mengejutkan Damia.

"Mia. Bangun Mia. Dah nak masuk maghrib ni."
Damia mengeliat dengan sepuasnya. Damia lalu mengiakan lantas mengangkat punggungnya dan bergerak ke bilik mandi tanpa menyedari ada seseorang memerhatinya di daun pintu. Mak Ngah Ida terus mengemaskan katil Damia.

Tiba-tiba.... Aduh! Sakit nya! Siapa ketuk kepala aku ni?? Damia terus tersedar dari mamainya. Damia lantas menoleh ke arah daun pintu. Ada seseorang bersembunyi di situ. Dengan dua jari ketam nya yang amat tajam itu,Damia terus mencapai ke arah tubuh itu lalu mencubitnya sepuas hati Damia.

Orang itu terus menjerit kesakitan. "Adeh deh...Damia! Aku ni la, Azrul! Sakit la Damia. Lepas. Eh,lepas la. Sorry. Sorry."

"Nah,ambik kau! Kacau lagi. Kacau lagi. Dahlah orang penat!" Damia pantas bergerak ke bilik mandi tanpa mengendahkan sepupunya,Azrul yang masih menunjukkan senyum kambingnya.

"Azrul,jangan ganggu Damia tu. Orang baru sampai tu. Penat tak hilang lagi. Kamu ni dah mandi ke tak? Cepat mandi. Bilik mandi bawah tu kosong. Baru balik terus je nak kacau orang,"arah

Azrul tersengih lalu masuk ke biliknya. Keluarga Mak Ngah Ida ini merupakan keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan Damia. Mak Ngah Ida adalah adik-beradik ibu Damia. Sepatutnya,setelah kepergian ibu dan ayah Damia, keluarga Mak Ngah Ida yang mengambil alih.
Tapi memandangkan keluarga ini agak sibuk dan kecoh dengan anak bujang mereka,begitu sukar untuk Damia tinggal bersama mereka. Mak Ngah Ida faham dan menyerahkan Damia kepada keluarga Puan Noraiza untuk di jaga buat sementara Damia menamatkan persekolahannya di Miri.

Selesai makan malam, Damia membantu Mak Ngah Ida di dapur. Sambil tangannya bergerak melakukan tugasnya mencuci pinggan, Damia menyatakan ingin segera pulang ke Miri pada lusa hari. Mak Ngah Ida dengan nada terkejutnya dengan pernyataan Damia lantas memujuknya,"Tak ke awal sangat nak ke Miri tu,Mia. Tinggal la dulu dalam beberapa hari ni. Teman Mak Ngah. Kalau harapkan si Azrul tu, duduk dengan kucing aje la mak ngah ni."

"Bukan ape mak ngah. Rumah kat Miri tu dah lama kena tinggal. Entah baik entah tidak ke rumah tu. 5 tahun tu mak ngah."

"Mana kata kamu la,Mia. Asal kamu dah dekat-dekat sini, jangan la lupa Mak Ngah kat Kuching ni."

Damia menghadiahkan senyuman kepada Mak Ngah Ida. Tanpa membuang masa,Damia terus melangkah ke tingkat atas. Bagi menghilangkan rasa bosannya, Damia mencapai mp3 di atas meja lalu menyumbatkan telinganya. Damia terus melayani perasaannya. Muzik jazz dan akustik menjadi pilihan. Sesekali anak matanya melirik ke arah sudut biliknya yang menempatkan alat muzik cellonya di situ. Wahai cello! Kalau la aku kat rumah sendiri,dah lama aku terkam kau.

Jarum jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Alamak! Apasal aku tak dapat tidur lagi ni. Agak-agaknya perubahan iklim menyebabkan aku begini. Baik aku on line saja la daripada aku terkebil-kebil macam mata cicak. Mata cicak pun tak macam mata aku ni. Huhu.

Damia bergerak ke bilik Azrul dan mengetuk pintunya. Dengan langkah malas,Azrul membuka pintu. "Huh! Kau nak apa,apek?"

"Oi! Aku bukan apekla. Buka mata luas-luas dulu baru mengata orang. Aku nak pinjam PC boleh tak? Aku nak guna internet sekejap. Hehe," Jari telunjuk Damia mengarah ke arah PC yang terletak di ruang tengah tingkat atas tersebut.

"Huh! Pakai je la. Tu,kau buka suis tu. Pastu suis ini lagi. Apasal kau tak tidur lagi? Dah pukul 12 lebih ni. Huaarrrgghhhh!"

"Aku tak dapat tidur la. Mungkin masih belu sesuai dengan iklim Malaysia kot. hehe. Thanks. Kau tidurla. Tau la aku nak atur ni semua." Damia tersengih.

Setelah berjaya mengakses masuk ke akaun laman web Facebooknya,Damia tersenyum puas. Lama aku tak buka Facebook ni. Apa cerita kengkawan aku ni? Hehe. Aku nak jadi stalker la sekejap. Profile Rafiq lantas dibukanya. Damia membaca satu persatu perihal Rafiq di Facebook. Di samping itu, Damia sibuk melayan rakan-rakan sibernya berchatting. Tak menang tangan Damia menaip sesambil itu menjadi stalker profile Rafiq.

Matanya melihat ke arah status hubungan Rafiq. Air muka Damia berubah sekaligus. Rafiq single? Bukan kah dia.....? Arghh. Apa yang sebenarnya telah terjadi sejak kepergiannya? Damia menyandar lemah.





_To be continued_

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...