Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Sunday, September 30, 2012

CERPEN : Lecturerku, Suamiku?



“Aku terima nikahnya Nur Surfina Binti Sahdan dengan mas kahwinnya RM 80 tunai.” Dengan sekali nafas, Syauqi melafaznya dengan lancar. Namun tetap kedengaran suara getarnya yang agak berdebar ketika itu.

“Alhamdulillah. Selesai semuanya. Ayuh kita mengaminkan bacaan doa,” kata tok kadi Hashim. Masing-masing menadahkan tangan bersama-sama mengaminkan doa untuk kesejahteraan kedua-dua mempelai tersebut.

Namun, di sudut hati Fina, dirinya agak rawan ketika ini. Sememangnya sebelum ini hatinya agak cemburu tatkala melihat rakan-rakannya berkahwin muda. Tapi bila perkara ini sudah berlaku padanya, terasa agak janggal sekali. “Bukankah ini yang aku mahukan selama ini? Kau harus bersyukur, Fina.”

Aku pandang wajah tua ayah. Sekilas lalu, ku pandang wajah Ahmad Syauqi yang tersenyum manis di sisinya. Selesai saja bersalam dengan tetamu, ayah Fina menghampiri mereka. “Syauqi, sekarang tanggungjawabku telah ku galaskan kepada dirimu. Ayah mohon jagalah Fina sebaik-baiknya. Walaupun jarak umur terlalu berbeza, sesungguhnya tanggungjawab suami isteri itu perlu dilaksanakan. Fina, jagalah diri dan suamimu. Ayah sentiasa menyokong dari belakang.”

“Ayah...” sebak jiwaku.


---------------

Setahun lepas.

“Apa mimpi Encik Syauqi ni nak jumpa aku ek? Kacau betul. Aku ada buat salah ke? Dah lah rumah aku ni jauh pulak. Lewat ku balik ni karang. Hish.” Rungutan Fina tak berkesudahan sehingga dia sampai ke destinasi yang di tuju, Kafeteria Blok M. Fina membrek dan meletakkan basikalnya di sisi dinding luar Kafeteria.

Dengan langkah rakusnya, Fina menjejak masuk ke dalam. Kepalanya melilau mencari kelibat Encik Syauqi. Kelihatan Encik Syauqi sedang berbaris membayar makanan. Encik Syauqi perasan akan kehadiran Fina memberi isyarat untuk Fina mencari tempat duduk. Fina mengerti kemudian mengambil tempat di sudut Kafeteria. Suasana agak tersembunyi. Entah mengapa Fina berasa agak khuatir jika orang melihat dirinya berseorangan bersama pensyarah. Dah tu pensyarah lelaki. Naya aku!

Tanpa membuang masa, aku terus bertanya kepada Encik Syauqi sebaik sahaja pensyarahnya itu melabuhkan punggungnya di kerusi. Secara tiba-tiba pensyarahnya itu ketawa.

“Aik, Sir? Saya serius ni. Sir ketawa pulak. Saya nak balik ni kalau tak da benda penting. Nanti lewat pulak nak sampai rumah. Sungguh mengerikan!” ujarku sehinggaku sempat meniru cara Encik Zamri yang suka mengungkapkan ‘Sungguh Mengerikan!’ itu di dalam kelas.

“Tak da benda penting pun, Fina. Saja saya bawa awak pergi minum petang macam ni. Lonely saya. Pensyarah awak yang lain busy pulak petang ni. Makanlah. Saya belanja.” Encik Syauqi menghulurkan keropok lekor di pinggan itu kepadaku.

Pelik! Itu aje ke? Minum petang je? Lonely? Jadi? Kenapa aku?

“Ermm.. itulah Sir. Umur dah naik. Kenapa tak cari calon je? Tak semena-mena student jadi mangsa. Sir. Sir. Thank You, Sir. Jimat belanja makan malam saya hari ni.” Rezeki jangan ditolak!

--------------------------

Beberapa bulan kemudian,
Cuti semester,
Di kampung,

“Fina, semalam ada seorang kawan ayah datang. Dia ada membawa hajat yang besar.” Ketika itu aku dan ayahku duduk bersantai di pondok kecil di tengah ladang kami.

“Hajat besar? Buang air besar ke?” aku masih tidak ambil serius dengan kata-kata ayahku.

“Fina. Fina. Sampai besar pun masih macam budak-budak. Bila nak matang lagi ni?”
“Ayah, tunggu Fina dah kahwin nanti, Fina jadi matanglah. Bak kata kumpulan One Direction, Live While You’re Young!”

“Baiklah. Ayah nak matangkan kamu ni. Jadi, ayah setujukan sajalah hajat besar kawan ayah tu. Okey?”

“Baiklah,” aku mengiakan tanpa syak wasangka. Erks? Matangkan aku? Aku terkejut gajah!! Kahwin??

“Ayah nak kahwinkan Fina?”

“Ingatkan faham. Ye lah. Siapa nama calon menantu ayah tadi tu ye? Ermm.. Ahmad Syauqi Bin Sobree. Nice name. Cool and macho.” Ayah sudah tersenyum-senyum memandangku.

Ahmad Syauqi Bin Sobree. Familiar je? Toink. Toink. Siapa pulak insan ni. Otakku memerah urat-urat memoriku untuk mengingati insan mempunyai nama itu. Takkanlah.

“Sir Syauqi?!!?” Ternganga aku. Ayahku menggangguk. My lecturer tuuuuuu...

----------------------

Semester baru.

Sebaik sahaja hari pertama semester tiba, aku bertindak untuk segera menghubungi Encik Syauqi kerana rasa ingin tahuku agak membuak-buak ketika ini sejak peristiwa hari itu. Dia melamarku? Amat pelik sekali. Sungguh mengerikan! Dapat ilham dari mana tu?!? Aku agak bengang dan bingung sekali.

Aku menetapkan pertemuan kami petang itu di Restoren Pizza Hut yang berdekatan dengan kampus. Memandangkan pelajar agak kurang ke situ, aku berasa lega sedikit. Risau jadinya kalau terserempak dengan seniorku mahupun rakan sekelasku. Nanti difikir bukan-bukan pulak. Minta simpang malaikat 44 oi!

Encik Syauqi menghampiriku dengan wajahnya yang sentiasa serius dan Mr. Coolnya. Dia duduk di hadapanku. Seketika kami berdua diam seribu bahasa. Janggal sungguh! Dan persoalan pelik ku asyik bermain-main di minda. Pening! Pusing! Arghh!

Tanpa membuang masa ku mulakan bicara. “Okey. Sir, kali ni conversation kita biarlah dari hati ke hati, tanpa prasangka, syak wasangka, dan se adik-beradik darinya ye. Apakah benar pihak Sir telah menghantar ke rumah saya untuk tuuuu...,” aku tak mampu nak sebut perkataan ‘meminang’. Tiba-tiba pipi terasa panas. Alamak! Merahlah pulak. Malu. Malu.

Encik Syauqi memandangku. Aduh, kenapa tiba-tiba wajah cool dia membuat detak jantungku seolah-olah aku tengah praktis larian bersama Leonard. Laju semacam. Bibirnya mengukir senyuman kemudian itu.

“Entahlah. Saya rasa jodoh saya dah dekat kot. Dan jodoh tu pun dah depan mata saya. Tak mungkin saya nak lepaskan jodoh saya macam tu. Saya dah tua, Fina.”

“That’s why!! But why you choose me? Sir, saya kan student Sir. Sir kan pensyarah saya. Sir sendiri cakap Sir dah tua. Saya ni muda lagi, Sir.” Bersungguh-sungguh ku cuba menidakkan realiti itu.

“Tua beberapa tahun aje kan? Saya tak tahu juga family saya kenal family awak. Kecik je rupanya dunia ni. Saya pun tak tau nak cakap ape. Sekarang ni saya serahkan jodoh saya, keluarga yang pilihkan. Awak tengoklah saya ni workaholic sampai sekarang saya masih membujang. Kalau awak tak nak saya, carilah alasan untuk keluarga awak. Saya tak tahu.” Dengan selamba Encik Syauqi melepaskan kata-kata itu.

Aku terkelu. Tak tahu nak cakap ape. Tett.

--------

Betapa aku ingin mencintai insan yang di kurniakan Allah untukku, dan bukannya mencintai insan yang ku cintai.

Setelah majlis  kami selesai, aku berkumpul bersama dengan rakan sekelasku serta seuniversiti denganku. Terdapat juga rakan pensyarah Encik Syauqi yang masih belum meninggalkan majlis. Encik Syauqi menuju ke arah kami.

“Tahniah, Qi. Tak sangka kau membujang lama-lama rupa-rupanya kau tunggu Fina ni sampai graduate. Diam-diam ubi berisi korang dua ni. Kalau tahu, nak aje saya potong markah awak ni. Pandai pulak nak ngorat kawan saya ni ye. Sungguh mengerikan!” Encik Zamri cuba menghangatkan suasana dengan sendanya itu. Aku hanya tersipu malu di gurau sebegitu. Tak siapa tahu kisah sebenar.

“ Dah jodoh, Bang Zamri. Tak tau nak cakap ape. Tapi, syukur alhamdulillah tak ada la aku nak jadi bujang terlajak,” sahut Encik Syauqi.

Tiap detik berjalan tanpa hentinya. Aku sudah sah menjadi isterinya sejak beberapa jam yang lalu. Title “bekas student” serta merta bertukar “isteri”. Sungguh rumit sekali.

Ya Allah, kau bimbinglah hambaMu ini agar menjadi isteri yang solehah. Ya Rabb, jika benar dia imamku, izinkanlah wajahku untuk menjadi sinar terhadap dirinya, ya Allah. Izinkan sentuhanku untuk menjadi jalannya mendekati diriMu, ya Allah. Wahai Allah yang maha Mengetahui, tunjukkanlah jalan untuk hambaMu ini. Amin. Insya-Allah.

“Geee, panggil laki kau tu masuk geee. Ni abang cameraman nak ambik gambar korang laki bini ni geee. Cepatlah geee. Lenguh dah Miss Jay ni nunggu korang laki bini ni.” Astaghfirullah. Terkejut beruk ku dengan mak nyah Miss Jay sekor ni. Bikin semangat ku lari je.

“Baiklah, Miss Jay. Sebentar ye, saya panggilkan dia. Kalau Miss Jay lenguh, kerusi ada, silakanlah duduk,” Ujarku penuh senyuman dan segera menghampiri kumpulan suamiku.

“Sir Syauqi! Sir Syauqi! Miss Jay panggil.”

Mereka semua memandangku dengan pelik. Leonard kelihatannya sedang menahan ketawa. Aku terkesima seketika. Ada benda pelik ke kat baju aku? Atau?

“Amboi, Fina! Ni bukan kat universitilah. Lagipun, awak tu dah jadi isteri kawan saya ni. Takkan awak masih nak panggil dia Sir. Panggillah dia abang ke, sayang ke. Fina. Fina.” Tegur Puan Dayang. Yang lain mendengarnya juga setuju dengan Puan Dayang.

Erks! Itu rupanya silap aku. Aku jadi malu-malu pulak. Awal-awal dah jatuh saham. Sungguh memalukan dan sungguh mengerikan! Auch!

Encik Syauqi memandangku. Kali ini wajahnya cair dengan senyuman. Tapi dia tetap cool di hatiku. Chewwwwah! Tangkap cintan la pulak “Takpa Fina. Sir itukan panggilan manja. Jom! Kesian Miss Jay tu. Dah patah kaki agaknya. Aku masuk dulu ya. Self-service, geng!” Kemudian dia genggam erat tanganku dang berjalan beriringan masuk mendapatkan Miss Jay. Aku hanya mampu tersenyum dengan selebar-lebarnya ditambahkan lagi hati ini agak tenang sekali berada di sisinya. Moga jodoh kami berpanjangan. Insya-Allah.


-1900-2130-30092012-
Tingkat 4 Kolej Seri Gading 3B UiTMCS
:P




7 comments:



  1. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  2. Ini kisah cinta awak sendiri dgn lecturer awak ke?

    ReplyDelete
  3. Hanya dengan download aplikasi di HP android, sobat bisa mendapat uang tambahan.
    Caranya, install aplikasi WHAFF di google play store atau di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.whaff.whaff
    Setelah diinstall, buka aplikasinya. Login dengan akun Facebook sobat. Masukkan PIN = AP61027 agar sobat bisa langsung mendapatkan dollar $0.30. Jangan sampai tidak dimasukkan PINnya, karena sayang $0.30 sobat akan hilang.
    Uang bisa dicairkan ke rekening Paypal sobat lalu ke rekening bank sobat masing2.
    Semoga Bermanfaat...

    ReplyDelete
  4. Dh baca time ksh.layan tp pendek sgt la writer.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...