Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.
Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Drama Big Bang "Special Case"



22 September 2012

Credit : Big Bang Girls, staff & unit ladang.

1) Tepat jam 2, 5 ahli Big Bang berkumpul nak pergi Karnival Keusahawanan UiTM di Medan Niaga Satok. Oleh kerana berlima sahaja & special casenya, dihantar oleh Uncle Drebar menaiki Waja milik UiTM. Wahseh2.

2) Tiba di tempat nak di tuju, tak tau nak pergi mana satu dulu, lepak kat Kubah Ria yang masih sunyi sepi ketika itu. Tettttt.

3) 5 ahli Big Bang buat keputusan nak jalan kaki dari Kubah Ria ke Wisma Satok. Fuyohhhh ko ader?

4) Sampai kat Jambatan Satok, 5 ahli Big Bang di hon dari dua arah bertentangan semasa hendak melintas jalan. Manakan tidak, berdiri tengah-tengah jalan di atas jambatan Satok yang agak SIBUK!!

5) Sampai kat Wisma Satok, 5 ahli Big Bang buat show dari tingkat bawah ke tingkat atas kemudian turun balik. Lepas tu rehat duduk kat luar makan buah-buahan.

6) 5 ahli Big Bang kemudian balik semula ke Kubah Ria. Dalam perjalanan pulang, 5 ahli Big Bang asyik di hon kerana terlalu POPULAR!!

7) Sesudah sampai, 5 ahli Big Bang akhirnya bersiar-siar di dalam Karnival tersebut. Jalan punya jalan, 5 ahli Big Bang terserempak geng Aaron Aziz. TOP dan G-Dragon akhirnya berkerjasama dengan Aaron Aziz membuat "show" mereka. 3 lagi ahli Big Bang hanya berehat2 di belakang "pentas".

8) Akhirnya, 5 ahli Big Bang sebulat suara untuk balik ke UiTM kerana tak tahan lagi nak tunggu persembahan JAMBU. Biarlah, aku tak kisah pun! Bas UiTM akhirnya rela hati menghantar 5 ahli Big Bang balik. Untungnya 5 ahli ini sahaja jadi penumpangnya. Terima Kasih pakcik2 drebar. :D

 

Big Bang Special Case - Special
a) Dalam perjalanan kembali ke Kubah Ria, TOP agak nakal mengganggu ayam di tepi jalan yang agak sibuk. "ayammm.... ayammmm.... ayammmmmm!" 5 ahli Big Bang meneriak ke arah ayam itu yang hampir ke tengah jalan seolah-olah ia mengerti. Ayam itu hampir sahaja di langgar oleh sekumpulan motorsikal. Andaikata ayam itu di langgar, TOP rasa sangat menyesal. -.-'

b)TOP & G-Dragon dapat upah seplastik buah limau kasturi dari Aaron Aziz setelah mereka sama-sama membuat "show".

c) Tae Yang, Seungri & Daesung amatlah di minati di kalangan kucing kerana kucing2 di sekitar Kubah Ria dan Medan Niaga Satok suka mendekati mereka!


"Jauh perjalanan, banyak pengalaman."

Monday, January 30, 2012

"Penyakit" Mulut Celupar




Assalamulaikum & Salam 1 Malaysia...


SHARING IS CARING.. :)


"Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"


Aku tak pasti kenapa pulut boleh binasakan santan, tetapi kalau kerana mulut pasti badan binasa. Apa yang hendak di bahaskan pada petang ini,iaitu hari kedua terakhir kita di bulan Januari tahun 2012 ialah MULUT CELUPAR.

Sapo bilang setiap manusia tak bermulut celupar woi? Tak semuanya manusia kat muka bumi ni perfect dan sempurna. Pasti ado yang terlepas cakap tu wei. Bahkan aku sendiri pun. tak payah cakap! Kadang terlepas dan melepas. Aduhai mulut! :D

Now, aku nak share kan FORMULA MENGUBATI 'PENYAKIT' MULUT CELUPARSSS DARIPADA RASULULLAH SAW.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Jika Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Bagi mereka yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali ‘meletakkan’ manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.

Yang baik itu eloklah kita ambil sebagai ilmu dan pengajaran serta hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita. Insyallah.

Oleh: NAIMAH SHAARI


SUMBER


nota meja : makanya! Jom amalkan petua-petua di atas supaya kita terpelihara dari mulut yang berbisaaaa.. ssssssssssss~

Sunday, December 18, 2011

Salam Disember as U student :)

Setelah sebulan ku bertapak di UiTM baru sekarang kelluar post aku ni. Now, sedang menghitung hari nak balik cuti pertengahan semester. Tinggal 6 HARI saja lagi. Rambutan! Durian! Wait for me. Hahaha (kampung sekarang tengah musim buah)

Berdirinya aku di sini, di UiTM kampus Mukah adalah sebagai pelajar Diploma Pengurusan Ladang.. Woopssss! Keluar dah ayat-ayat sasteraku ni.. lama bebenor aku dah tak bersastera-sastera segala ni. Hopefully cuti nih aku bersasteralah..atleast menyambung balik apa yang tergendala tak pun buat yang something new?

Pasal something new ni kan haritu aku ada post pasal Pertandingan Menulis Cerpen Paranormal kan? Kannnnnnnnnnnn.. tak dapat nak join ler..sejak jadi pelajar U ni kann,assignment lah..tutorial lah..exam lah..quiz lah.. huhuhu RASA NAK KEJA BALIKLA atau TUKAR COURSE ke?? Haha sebarang je aku ni. Dah rezeki aku jadi pelajar ladang nak wat camne ek? Redho je lah. :)

Btw, aku nak sharelah gambo aku kat UiTM Mukah ni.. gambo kat ladang je lah..itu pun credits from my coursemate (nak tunggu aku ambik gambo berjanggut agaknya kamera kecintaan ku rosak teruk der,rindu plak nak berphotography suda)




Nota meja : aku akan usahakan balik menyambung apa yang tergendala ek. Minta maaf siapa yang tertunggu sambungan KAU CINTA, MAT JOGING dan CINTA TAK KENAL SIAPA? .

Saturday, May 14, 2011

Jom Berpesan-pesan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

Monday, March 28, 2011

Sayang Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Bah,kali tok kelaka sarawak kita.
Lamak eh sik update blog dalam bahasa orang sarawak tok.
Nang rindu eh. (Maka dirik di Sarawak bah)
Suka ati aku jak nak mengereypak.
Entah apa-apa. Haha.

Tadik bah. Kamek nangga rancangan TV3 jam 6 petang tek.
Rancangan Sayang Sarawak,Tv3.
Ya rabbi!! Syok bah nangga Sarawak masuk TV.
hehehehe
MEMANG! Banyak tek nak orang madah rancangan tok pakey BN meli org sarawak.
Mentang-mentang pilihanraya Sarawak tek nak sik lamak agik.
*tp,nang rancangan khas utk pilihan raya sarawak.

BUT,Do I Care??

Cobalah sikap positif sikit bah. Sik payah fikir banyak. Sikit jak.
Rancangan tok pun berguna juak key narit pelancong ke Negeri Sarawak.
Rancangan tok berbaloi juak nunjuk nok kita tok orang Sarawak bukan duduk lam utan jak.
Sarawak dah maju bah. Orang nok piker negatif ya nok agik terperuk dibah tempurung nyiur.
ENOUGH! mun di poret hal sidak nok negatif ya nang berpage-page blog kamek tok.

Berbalit ke rancangan Sayang Sarawak tek,adalah terselit lagu-lagu rakyat dolok-dolok.
Ya Rabbi! Alu terimbo zaman kecik-kecik dolok eh. (wlupun kamek tok lahir 1993 agik segar lagu-lagu ya. Maklumlah orang kampung,nang idup lagu ya time dolok. dalam era 99 cam ya,gik kecik-kecik lam umo 6 tahun nang enjoy lagu kedak tok.)

kamek time kecik lok. kiut sik?haha *perasan
Now,dah 18 tahun kamek tok. Bila dengar jak lagu2 dak ya tek,alu sempat bercarik di youtube tek. Ya rabbi! Rasa dirik jadi nembiak zaman 99 dolok eh.
Nang SAH. Rindu bah nak balit zaman dolok-dolok. Belum agik kamek tok umo 50 an,nang dah rasa mauk agi jadi nembiak kecik. Sebab time ya jak lagu-lagu tok SEGAR.
Entah nembiak baru kinek tok ingat nak agik denga lagu-lagu cam tok.
Tok kamek share dengan kitakorang antara lagu-lagu rakyat nok SEGAR zaman kamek nembiak kecik dolok. Layanzzz!





lagu tok feveret alu!!



lagu tok mun da versi asal nang best!


tok bukan lagu rakyat,p nya kisah sal org sarawak.

lagu tok pulak berkaitan dengan sejarah sarawak. Mun da nemu gunung santubong ngan gunung sejinjang,nya lah ya. :)



Tok jaklah dari kamek. Semenanya ada agik bah. Nok tok jak temu lam youtube tek.
Bah,layan jak kitakorang sia. Hehe.

-Wassalam-

Tuesday, March 15, 2011

Resepi: Vegeroni Sos Cendawan Kimball.


Resepi asal : (klik di sini)


Vegeroni Sos Cendawan

Bahan-bahan:
Vegeroni San Remo
    1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
      2 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur)
        1/2 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan
          1 setengah sudu kecil Maggi Seasoning
            3 sudu besar minyak kelapa sawit
              1/2 sudu kecil garam
                1/2 Bawang besar

                  Cara-cara membuatnya:
                  Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )

                  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau..

                  Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat..

                  Letakkan Maggi Seasoning, kacau kesemuanya supaya sebati..

                  Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...

                  Tambah air dalam secawan & kacau hingga sebati & letak garam

                  Letak spaghetti dalam pinggan & tuang kuah atasnya,

                  * Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi...

                    p/s: Resepi yang saya buat ni mudah dan ringkas sahaja. Tak payah nak susah-susah korek cari barang-barang yang kadang-kadang susah nak dapat tu. Yang penting sedap. Yumm! Yumm! Yummy!

                    *Selamat Mencuba*

                    Thursday, February 17, 2011

                    My Homemade PopCornz! -2-


                    Pop! Pop! Pop! Assalamualaikum w.b.t.

                    Day 2 of making my own homemade PopCorn!
                    It was third trial!
                    And........
                    IANYA BEGITU MEMUASKAN HATI!

                    Nice and Perfecto!


                    Sebab kali ni Popcorn aku PERFECT!
                    Tak hangus lagi!
                    Jom Sarapan!
                    Dengan roti bakar dan air milo!!!!


                    -Wassalam-

                    Wednesday, February 16, 2011

                    My Homemade PopCornz!



                    Pop! Pop! Pop! Assalamualaikum w.b.t.

                    Let's talking about popcorn.
                    This morning I decide to make my own homemade popcorn for breakfast.
                    But it's really disappointing me when on my first tryyyyyyyyyyyyyyy!
                    My popcorn is HANGUS and ...........................!
                    *I'm Speechless..haha

                    ni la rupe dia!! kosong je kan? tak sedap..haha


                    Akhirnyaaaaa...aku terfikir?
                    Kenapa le aku tak search dulu kat internet?
                    Hahaha... Lupa-lupa-lupa.
                    Dan aku terjumpa ini!

                    Aku sharekan yeee..
                    *Sumber dari : Sila Click di Sini!

                    BAHAN_BAHAN

                    1 sudu besar mentega
                    2 sudu besar minyak masak
                    jagung kering secukupnyagaram secukup rasa


                    Tambah Karamel [Optional]
                    1 sudu mentega/margerin
                    3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

                    Tambah Coklat [Optional]
                    60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)


                    CARA-CARA MEMBUATNYA

                    1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
                    2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
                    3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
                    4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

                    Untuk Karamel [Optional]
                    Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.


                    Untuk Coklat [Optional]
                    Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.


                    Dan popcorn yang aku buat tadi jadilah macam ni!

                    Ye lah. First try katakan. Adalah salah dan silapnya.

                    Tetap juga hangus sedikit. Tapi dah ada rasa masin manisnya.

                    Sebab-sebab hangus on second try:

                    1)aku sibuk tengok resepi

                    2)Aku leka bunyi pop-pop dah tamat

                    3)gula aku letak sikit jerrr konon-konon tak nak manis sangat

                    *Yang jadinya,manis sikit.hoho.

                    Dan habis juga aku ngap tanpa sedar

                    Bila tengah tengok drama Cinderella Man kat Maaddu.com

                    Hangus-hangus dia pun,hitam-hitam dia pun.

                    Habis juga!haha

                    -Selamat Mencuba!-



                    Tuesday, February 1, 2011

                    Obsesi Diriku Di Dalam CSI: Crime City




                    I just found a new game in Facebook.
                    CSI:Crime City
                    Alaaaa...yang ala-ala dalam cerita CSI itu lerr...

                    Syiok juga aku main game ni..
                    Dah macam rasa jadi ejen CSI lah pulak hehe..


                    welcome page


                    Makmal CSIku...

                    Bertugas bersama Dr.Raymond Langston

                    Tapi,yang buat game ni bosan sikit nak tunggu energy tu naik balit..
                    Nak buat macam mana,tunggu je larrrr...
                    Ada satu alternatif lain,korang lawat kawan game korang,ambik secawan kopi tu untuk tambah energy.
                    Buat aku la,kopi tu tak cukup la...
                    Banyak sangat tugas.
                    Anyway,aku memang enjoy main game ni.
                    Syiukkkkkkkkkkkkkkkkk banarrr! xD


                    Monday, January 3, 2011

                    Kisah KAWAN Dia di Facebook.



                    Adala sorang kawan ku ni. Kitaorang bertemu di satu tempat. Nak lepak-lepak je kununnya. Haha. Bukan apa ku kata begitu,pastu kita pegi shoppingla. Adala time tengah melahap *kasarnya bunyi. Dalam erti kata yang lembut iaitu makan. Heeeeeeeeeeeeeee :D

                    Melalut pulak. Dia cerita pasal sorang kawan die ni. Die gelar mamat tu "s". Si 's' ni kawn baik die. Die pun tak tak nape 's' ni memang suka cari kawan ku ni. Dah macam wafer dicampur dengan chocolate ada jugak. haha entah pa pe lah.

                    Hendak dijadikan kemuncak cerita pulak, si 's' ni ada facebook. Memang la ADA! kannnn...haha
                    adalah jugak si 's' ni add aku. tapi ntah la si 's' ni kejap ada kejap takda..mcm biskut chipsmore.
                    Rupa-rupanya kawan ku kate, mamat 's' ni dah da buat akaun facebook baru. N kawan ku ni telah pun di add si 's' ni.
                    Menurut kawan aku mamat 's' ni,takde add kawan-kawan lain. Hanya kawan ku ni n adik beradik dia aje. Hmmmmm... I'm wondering. Nape plak camtu ek??
                    Ermmm....dengan selamba ku berkata "u're special in his eyes kot..hahahaha!"ku ketawa dengan penuhhhhhhhhhhhh makna.. muahahahahahaha! Jahatnya aku!!haha xD

                    Kawan ku segera menepis sangkaan aku. "Hish.............org tu dah da gf la..pa pulak aku? tapi memang hairanlah? kenapa mesti aku jer yang kene add?"

                    Yerrrrrrrrrr! KENAPA MESTI DIA?
                    xD

                    Anyway,aku pun naik heran gak apsal si 's' camtu?? Agak-agaknya kawan ku ni mmg special kot. Kot jeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....muah
                    ahahhahahhahahahhaha!
                    dan kami pun memegang motto 'Misteri Nusantara'
                    BIARLAH HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI.. xD

                    Akhirnya,crita pun tamat camtu jeee. Aku n kawanku pun terus meneruskan perjalanan meneroka Bintang Megamall Miri!!!!!!!!!!!!!!!... hahaha appuuuuuuuuuuuuuu banyak betul orang brunei hari tu!!!!!

                    p/s: crita ni takde kena mngena dengan sesiape tau...coz ni crita 'powww' ku jerrrrrrrrrrrrrrrr....hahaha jangan mare! xD







                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...