Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Monday, January 16, 2012

Awas! Kepada Hawa2 di luar sana...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

SHARING IS CARING ;)


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Wassalam..



nota meja : zaman sekarang macam-macam daaaaaa.....

Sebelum Bertunang, fikir-fikirkan dulu...



Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera..

SHARING IS CARING ;)

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.


10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

WANITA-WANITA! Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Sumber : iLuvIslam.com

Wassalam.

Sunday, January 15, 2012

Salam Januari 2012

Assalamualaikum w.b.t and Salam Sejahtera..

Bersua kembali kita di bulan Januari 2012. Alhamdulillah usia kita masih di panjangkan hingga saat ini sehingga saya mampu meng’update’ kembali ruangan Qalam Bertinta ini setelah sekian lama menyepi. Bukan menyombong diri, tapi seperti kata-kata saya di post terdahulu,kehidupan kini berbeza. Tidak lagi menanam anggur, tidak lagi menganggurkan diri. Kini ditemani buku-buku ilmiah.memerah otak demi cita-cita nan satu.

CERPEN? NOVEL? PUISI? Masih bergiatkah aku? Insya-Allah suatu hari nanti pasti aku akan menyambung kembali apa yang tertunda dan tertinggal.. (pasti jemu dengar perkataan Insya-Allah..ya, tapi bukan sekarang.) ;)

Sebelum ini adanya terhasil satu cerpen,namun hanya setengah jalan. Apakan daya, sibukkkkkkkkkkkk saja.. dan idea terbang di bawa angina begitu sahaja. KENAPA?

“Dan pasti belum masanya untukku menghadapi reality cinta. Walaupun hidupku dikelilingi novel-novel cinta, telenovela cinta di televisyen dan mahupun teman-temanku punyai cinta masing-masing aku tetap tidak memahami cinta yang sebenar. Hendak mencari cinta pun aku bahkan tidak mengetahui. Namun realiti cinta yang ku rasa sekarang ini, adakah benar-benar sayang atau? Tetap menjadi persoalan di mindaku sampai bila-bila.”

Petikan dari cerpen terbaru yang belum ada penamat. Ada idea yang boleh dikongsikan bersama?

Sebelum terlambat , Salam Januari warga semua. Pejam celik semester pertama bakal berakhir awal bulan 4. Sekarang sudah terasa masa makin cepat berlalu. Dan aku bakal menghampiri hari tuaku. Opsss! Maksudku naik umur. Huhu. Tua la tue...hehe.. sekejap je tu. Yang tak seronoknya,tak celebrate dengan ayahanda tersayang tahun ni kerana aku sudah JAUH DI RANTAUAN!

Aku sharekan lagu ni lah buat perantau-perantau semua. Ahaks!






Keluhan Perantau By Jamal Abdillah

Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku

Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci

( korus )
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia

Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci

( ulang korus hingga akhir )

nota Ros Putih : layan sangat lagu ni. Azam tahun baru,habis je semester ni aku nak balik Kuching, Sri Aman, dan Stumbin. Miri xpayah, dah selalu sangat. ahaks! Miss my atok so muchhhhhhh <3 <3

bye.. good night!! esok kuliah yer...

Sunday, December 18, 2011

Salam Disember as U student :)

Setelah sebulan ku bertapak di UiTM baru sekarang kelluar post aku ni. Now, sedang menghitung hari nak balik cuti pertengahan semester. Tinggal 6 HARI saja lagi. Rambutan! Durian! Wait for me. Hahaha (kampung sekarang tengah musim buah)

Berdirinya aku di sini, di UiTM kampus Mukah adalah sebagai pelajar Diploma Pengurusan Ladang.. Woopssss! Keluar dah ayat-ayat sasteraku ni.. lama bebenor aku dah tak bersastera-sastera segala ni. Hopefully cuti nih aku bersasteralah..atleast menyambung balik apa yang tergendala tak pun buat yang something new?

Pasal something new ni kan haritu aku ada post pasal Pertandingan Menulis Cerpen Paranormal kan? Kannnnnnnnnnnn.. tak dapat nak join ler..sejak jadi pelajar U ni kann,assignment lah..tutorial lah..exam lah..quiz lah.. huhuhu RASA NAK KEJA BALIKLA atau TUKAR COURSE ke?? Haha sebarang je aku ni. Dah rezeki aku jadi pelajar ladang nak wat camne ek? Redho je lah. :)

Btw, aku nak sharelah gambo aku kat UiTM Mukah ni.. gambo kat ladang je lah..itu pun credits from my coursemate (nak tunggu aku ambik gambo berjanggut agaknya kamera kecintaan ku rosak teruk der,rindu plak nak berphotography suda)




Nota meja : aku akan usahakan balik menyambung apa yang tergendala ek. Minta maaf siapa yang tertunggu sambungan KAU CINTA, MAT JOGING dan CINTA TAK KENAL SIAPA? .

Friday, December 2, 2011

RENUNGAN : MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN


TEMPAT BERLEPAS : Kehidupan dunia.
TEMPOH PERJALANAN : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
DESTINASI : Akhirat.
MASA BERLEPAS : Ketika didatangi Malaikat pemutus kehidupan dunia akhirat.
MASA HADIR : Ketikan dan selepas nyawa dicabut.
BENTUK TEMPAHAN : Tetap. Pasti. Tidak akan berubah.


SYARAT-SYARAT PERJALANAN

*Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan di akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan patuh,taat dan berhati-hati.

Sebarang masalah dan kemusykilan hendaklah dirujuk kepada para ulama , ilmuan dan cendekiawan.


BARANG MUATAN YANG DIBENARKAN

* 5 meter kain kafan putih
* Kapas putih yang secukupnya
* Muatan lain yang akan dipertimbangkan:-
1.amalan soleh
2.sedekah jariah
3.anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
4.ilmu yang bermanfaat

* Percuma tapak tanah mengikut kesesuaian dan keselesaan.

PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhunya akan didenda dan dihukum.


SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan. Andai tidak mahu sebarang kesulitan, maka persiapkanlah dengan segera dan sewajarnya.
Kelekaan dan kelalaian diri-sendiri amatlah dikesali sepanjang perjalanan.

SEKALI LAGI DIULANGI

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang mana tidak perlu di ingatkan lagi. Usah risau dan usah khuatir kerana semua penumpang akan dapat menikmatinya. Insya-Allah. Tapi atas dasar peringatan dan sikap keprihatinan kepada para penumpang,maka semua ini dicetus untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap pihak yang terpilih untuk menabur khidmat kepada anda semua.

Semoga bergembira dan bersuka-ria dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Kahfi ayat ke 110.

Ertinya : ....Maka barangsiapa yang mengharapkan pertemuan yang baik dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik dan terpuji yakni amal kebajikan dan janganlah dia sesekali mempersekutukan dengan sesuatupun dalam pengibadatan dan beribadah kepada Tuhannya yakni Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...