Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Friday, April 1, 2011

April and April Fool??



Assalamualaikum dan Salam One Malaysia.

Bulan April sudah tiba dan apa ada pada 1 April?

Ni saya nak cerita sikit pasal 1 April iaitu April Fool.

Take note ya saudara-saudara saya(Islam).


Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar.

Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.”

Surah Al-Hujurat: 48

Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine’s Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

Fikirkan dan renung-renungkanlah……..

Disediakan oleh,

Bahagian Dakwah,

Jabatan Agama Islam Selangor

Sumber daripada : (Klik Di Sini)

Monday, March 28, 2011

Sayang Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!

Bah,kali tok kelaka sarawak kita.
Lamak eh sik update blog dalam bahasa orang sarawak tok.
Nang rindu eh. (Maka dirik di Sarawak bah)
Suka ati aku jak nak mengereypak.
Entah apa-apa. Haha.

Tadik bah. Kamek nangga rancangan TV3 jam 6 petang tek.
Rancangan Sayang Sarawak,Tv3.
Ya rabbi!! Syok bah nangga Sarawak masuk TV.
hehehehe
MEMANG! Banyak tek nak orang madah rancangan tok pakey BN meli org sarawak.
Mentang-mentang pilihanraya Sarawak tek nak sik lamak agik.
*tp,nang rancangan khas utk pilihan raya sarawak.

BUT,Do I Care??

Cobalah sikap positif sikit bah. Sik payah fikir banyak. Sikit jak.
Rancangan tok pun berguna juak key narit pelancong ke Negeri Sarawak.
Rancangan tok berbaloi juak nunjuk nok kita tok orang Sarawak bukan duduk lam utan jak.
Sarawak dah maju bah. Orang nok piker negatif ya nok agik terperuk dibah tempurung nyiur.
ENOUGH! mun di poret hal sidak nok negatif ya nang berpage-page blog kamek tok.

Berbalit ke rancangan Sayang Sarawak tek,adalah terselit lagu-lagu rakyat dolok-dolok.
Ya Rabbi! Alu terimbo zaman kecik-kecik dolok eh. (wlupun kamek tok lahir 1993 agik segar lagu-lagu ya. Maklumlah orang kampung,nang idup lagu ya time dolok. dalam era 99 cam ya,gik kecik-kecik lam umo 6 tahun nang enjoy lagu kedak tok.)

kamek time kecik lok. kiut sik?haha *perasan
Now,dah 18 tahun kamek tok. Bila dengar jak lagu2 dak ya tek,alu sempat bercarik di youtube tek. Ya rabbi! Rasa dirik jadi nembiak zaman 99 dolok eh.
Nang SAH. Rindu bah nak balit zaman dolok-dolok. Belum agik kamek tok umo 50 an,nang dah rasa mauk agi jadi nembiak kecik. Sebab time ya jak lagu-lagu tok SEGAR.
Entah nembiak baru kinek tok ingat nak agik denga lagu-lagu cam tok.
Tok kamek share dengan kitakorang antara lagu-lagu rakyat nok SEGAR zaman kamek nembiak kecik dolok. Layanzzz!





lagu tok feveret alu!!



lagu tok mun da versi asal nang best!


tok bukan lagu rakyat,p nya kisah sal org sarawak.

lagu tok pulak berkaitan dengan sejarah sarawak. Mun da nemu gunung santubong ngan gunung sejinjang,nya lah ya. :)



Tok jaklah dari kamek. Semenanya ada agik bah. Nok tok jak temu lam youtube tek.
Bah,layan jak kitakorang sia. Hehe.

-Wassalam-

Monday, March 21, 2011

Bah Berambeh Te Lezha 2011


Bah Berambeh Te Lezha 2011
Pada 20 Mac 2011 bersamaan dengan hari Ahad , pekan Sepupok Niah sekali lagi meriah dengan program Bah Berambeh Te Lezha bersama anjuran Kelab Pemancing,Miri di mana ketika itu juga diadakan Pertandingan Ngail Udang. Program ini dinamakan Bah Berambeh Te Lezha bersempena dari bahasa melanau Bintulu iaitu Jom Bertandang ke Niah.*Niah di kenali sebagai Lezha dalam bahasa Melanau Bintulu. And NOT BAD! Hampir keseluruhannya mendapat sambutan dari penduduk-penduduk Daerah Kecil Niah dan orang ramai di sekitar berdekatan Pekan Sepupok,Niah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dimuatkan dalam program ini:-
  • Pertandingan Ngail Udang
  • Poco-poco
  • Sukan rakyat(congkak,batu seremban,gasing,sumpit,lastik,batu seremban,tarik tali, dsb.
Orang ramai dari Miri(salah satunya ialah saya), Kelulit,Bekenu serta Bintulu juga turut meramaikan program kali ini.
Hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan juga cukup lumayan. *Hamper pun boleh puas hati. Kenyang perut dan sik boyok(tak makan sorang-sorang) bak kata orang sarawak. Hehe.

Program ini juga di serikan dengan kehadiran YB Rosey serta tetamu khas Menteri Muda Pelancongan Sarawak, YB Dato' Haji Talib Bin Zulpilip bersama rombongannya dari Bintulu. And guess what? Dato' Haji Taib telah mencadangkan sesuatu untuk program ini pada masa akan datang iaitu mengadakan gerai jualan makanan tradisional. Saya setuju dengan cadangan itu memandangkan kali ini tiada satu pun gerai jualan makanan di sediakan. Ini mungkin menyukarkan orang jauh datang bertandang. Untuk mengharapkan kedai-kedai kat pekan? Kedai runcit banyak le. Dengan adanya gerai jualan makanan tersebut,ya baruk dikatakan berambeh. Berambeh makan dan main.

That's all. Di bawah ini saya sertakan foto-fotonya. Lebih banyak foto di Facebook saya. :)

Sebelum ke tempat aktiviti,lepak kejap kat gerai auntyku di tepi jalan. Jadi,sapa-sapa yg masuk ke pekan sepupok passti terjumpa gerai ini. Gerai di buka dari jam 6 pg- 10pg.*ikut keadaan.

Aktiviti 1: Poco-poco.

Peserta Pertandingan Ngail Udang sedang mendengar taklimat.

Pertandingan Gasing

Sukan: Galah Panjang


Celoteh-celoteh orang kampung


Pertandingan Congkak(dimana aku dapat tempat ke-2...hurmmm bolehlaaaa)

Pertandingan Menganyam Ketupat

Pertandingan Sepak Raga

Pertandingan Tarik Tali

Hadiah tempat ke-2 pertandingan congkak(satu-satunya wakil dari Miri.Hehe)

Diharap tahun depan program ini dapat di anjurkan lagi dan lebih lagi menarik dari tahun ini.
Bye! And I really enjoy the day.
*Entah-entah next year dapat ke tak aku join lagi ek?

Tuesday, March 15, 2011

Resepi: Vegeroni Sos Cendawan Kimball.


Resepi asal : (klik di sini)


Vegeroni Sos Cendawan

Bahan-bahan:
Vegeroni San Remo
    1/2 labu bawang putih (dipotong halus)
      2 keping daging burger Ramly (cincang atau potong saja ia mudah hancur)
        1/2 botol sos spagheti Kimball perasa cendawan
          1 setengah sudu kecil Maggi Seasoning
            3 sudu besar minyak kelapa sawit
              1/2 sudu kecil garam
                1/2 Bawang besar

                  Cara-cara membuatnya:
                  Rebus spaghetti dalam air setengah periuk (25 minit )

                  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau..

                  Masukkan daging burger yang dicincang tadi dan goreng hingga daging bertukar warna coklat..

                  Letakkan Maggi Seasoning, kacau kesemuanya supaya sebati..

                  Bubuh sos spaghetti Kimball tadi...

                  Tambah air dalam secawan & kacau hingga sebati & letak garam

                  Letak spaghetti dalam pinggan & tuang kuah atasnya,

                  * Spaghetti memang patut rebus lama sikit- dalam 25 min atau 1/2jam pada api hampir besar, barulah spaghetti betul2 empuk & bau dia wangi...

                    p/s: Resepi yang saya buat ni mudah dan ringkas sahaja. Tak payah nak susah-susah korek cari barang-barang yang kadang-kadang susah nak dapat tu. Yang penting sedap. Yumm! Yumm! Yummy!

                    *Selamat Mencuba*

                    Saturday, March 5, 2011

                    Rainbow When it Rained



                    A Collection of Rainbow's around Miri areas


                    This two photos were taken in 2010.
                    Place: Bumiko Park.

                    ~--------------------------------------------~


                    And this is what I snap just a few hours ago..
                    Place: Morsjaya,infront Boulevard Mini Market.
                    Time:6.10-6.20 ( March 5,2011. Saturday)

                    Subhanallah!

                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...