Bah Berambeh Te Lezha 2011

Pada 20 Mac 2011 bersamaan dengan hari Ahad , pekan Sepupok Niah sekali lagi meriah dengan program Bah Berambeh Te Lezha bersama anjuran Kelab Pemancing,Miri di mana ketika itu juga diadakan Pertandingan Ngail Udang. Program ini dinamakan Bah Berambeh Te Lezha bersempena dari bahasa melanau Bintulu iaitu Jom Bertandang ke Niah.*Niah di kenali sebagai Lezha dalam bahasa Melanau Bintulu. And NOT BAD! Hampir keseluruhannya mendapat sambutan dari penduduk-penduduk Daerah Kecil Niah dan orang ramai di sekitar berdekatan Pekan Sepupok,Niah.
Antara aktiviti-aktiviti yang dimuatkan dalam program ini:-
- Pertandingan Ngail Udang
- Poco-poco
- Sukan rakyat(congkak,batu seremban,gasing,sumpit,lastik,batu seremban,tarik tali, dsb.
Hadiah-hadiah bagi setiap pertandingan juga cukup lumayan. *Hamper pun boleh puas hati. Kenyang perut dan sik boyok(tak makan sorang-sorang) bak kata orang sarawak. Hehe.
Program ini juga di serikan dengan kehadiran YB Rosey serta tetamu khas Menteri Muda Pelancongan Sarawak, YB Dato' Haji Talib Bin Zulpilip bersama rombongannya dari Bintulu. And guess what? Dato' Haji Taib telah mencadangkan sesuatu untuk program ini pada masa akan datang iaitu mengadakan gerai jualan makanan tradisional. Saya setuju dengan cadangan itu memandangkan kali ini tiada satu pun gerai jualan makanan di sediakan. Ini mungkin menyukarkan orang jauh datang bertandang. Untuk mengharapkan kedai-kedai kat pekan? Kedai runcit banyak le. Dengan adanya gerai jualan makanan tersebut,ya baruk dikatakan berambeh. Berambeh makan dan main.
That's all. Di bawah ini saya sertakan foto-fotonya. Lebih banyak foto di Facebook saya. :)
Sebelum ke tempat aktiviti,lepak kejap kat gerai auntyku di tepi jalan. Jadi,sapa-sapa yg masuk ke pekan sepupok passti terjumpa gerai ini. Gerai di buka dari jam 6 pg- 10pg.*ikut keadaan.

Sukan: Galah Panjang
Celoteh-celoteh orang kampung
Pertandingan Congkak(dimana aku dapat tempat ke-2...hurmmm bolehlaaaa)
Hadiah tempat ke-2 pertandingan congkak(satu-satunya wakil dari Miri.Hehe)
Diharap tahun depan program ini dapat di anjurkan lagi dan lebih lagi menarik dari tahun ini.
Bye! And I really enjoy the day.
*Entah-entah next year dapat ke tak aku join lagi ek?





No comments:
Post a Comment