Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Sunday, August 5, 2012

KAWAN


KAWAN TU IBARAT LEBAH,

ABIS MADU SEPAH DIBUANG...
KAWAN TU UMPAMA BUNGA ROS,
DIPANDANG CANTIK,
DIPEGANG SAKIT...
KAWAN TU SEPERTI AIR,
TERUS MENGALIR...
KAWAN TU BAK BULAN,
DIPUJA DAN DISANJUNG,
TAPI NUN JAUH DI SANA...
KAWAN TU MACAM MAKANAN,
KAWAN MAKAN KAWAN...
KAWAN TU SEPERTI LEMBU,

KAWAN TU TAK UBAH MACAM DURIAN,
BAU JE BUSUK,
TAPI SEDAP DIMAKAN...

KAWAN TU MACAM BISKUT,
KEJAP ADA KEJAP TAKDE...

BAGI AKU,
KAWAN TU TAK KISAHLAH CAMNER,
WALAUPUN DIER...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
DIA TETAP KAWAN...

TAU TAK SEBAB APE?
SKALI AKU DAH KAWAN NGAN DIER,
SELAMENYER DIA TETAP KAWAN AKU,
ITU CARA AKU BERKAWAN...

WALAUPUN KITA ADA KEKASIH,
TAPI,
TEMAN TETAP PALING SETIA.....



Tuesday, July 31, 2012

Salam Ramadan : Ramadan Bulan Tarbiyah

Assalamulaikum & Salam Sejahtera rakan-rakan semua..

Kali ini sudah masuk ramadan yang ke 12. Agak sedih rasanya tatkala ramadan kali ini di perantauan. Tetapi pengalaman itulah mengajar kita erti dewasa. Tak selamanya kita akan asyik bergantung dengan bantuan keluarga. Sudah masanya untuk kita keluar dari kepompong dan janganlah pula kita lalai melihat dunia indah diluar. Haruslah kita saling mengingati dan sentiasa kembali kepada-Nya. 



RAMADAN BULAN TARBIYAH

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..."
Lirik lagu 'Harapan Ramadhan' daripada Man Bai ini jelas menunjukkan bahawa setiap antara kita sangat mengharapkan agar Ramadan kita menjadi Ramadan yang terbaik, penuh makna dan lebih sempurna.

Namun, apakah yang kita lakukan untuk menjadikan Ramadan kita sebagai sesuatu yang bukan sia-sia? Jikalau sekadar berpuasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga, itu bukan erti Ramadan yang sebenarnya. Dalam mengharungi ujian sebulan untuk tidak makan dan tidak minum, kita juga sebenarnya diuji untuk menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar, sia-sia dan tidak diredhai Allah.

Seringkali kita dengar bahawa bulan Ramadan itu merupakan bulan tarbiyah. Ia menjadi satu medium untuk kita memperbaiki diri menjadi muslim sejati, satu bulan yang sangat membantu kita untuk melakukan refleksi diri, untuk menilai diri kita dan melihat di tahap mana ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Oleh sebab itu, rutin harian kita juga perlu diubah dan ditambah baik agar erti kesempurnaan bulan Ramadan itu benar-benar kita rasai. Antara perkara yang perlu kita perbaiki adalah jadual untuk melaksanakan amalan wajib. Jikalau selama ini kita sering solat pada akhir waktu, ubahlah diri kita untuk menjadi orang pertama yang berada di atas tikar sembahyang. Teringat saya akan kata-kata seorang teman, "Biar kita yang menunggu waktu solat. Jangan biarkan waktu solat yang menunggu kita." Kata-kata ringkas itu cukup untuk menyedarkan kita tentang keutamaan solat pada awal waktu.
Selain daripada itu, amalkan membaca Al-Quran. Kitab Al-Quran merupakan kalamullah yang di dalamnya penuh dengan nasihat, iktibar dan suruhan Allah yang harus kita laksanakan. Dalam surah al-Baqarah jugalah Allah SWT berfirman tentang kewajipan melaksanakan ibadah puasa:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah, ayat 183)


Jika dahulu begitu sukar bagi kita untuk membuka helaian Al-Quran (apatah lagi untuk membacanya), maka, bulan Ramadan inilah bulan yang sepatutnya kita gunakan setiap masa dengan sebaiknya untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman karib dan sahabat kita walau di mana kita berada. Firman Allah SWT:
"Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya."
(Surah al-Kahf, ayat 27)


Bacaan Al-Quran yang dihayati dengan sebaiknya, mampu melembutkan hati kita untuk kembali kepada fitrah Ilahi. Kisah pengislaman Saidina Umar RA boleh dijadikan contoh terbaik. Saidina Umar RA yang begitu keras hatinya dan selalu mencari jalan untuk menentang Rasulullah SAW akhirnya memeluk Islam setelah membaca surah Taha:
"Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy."
(Surah Taha, ayat 1-5)


Seterusnya, amalan bersedekah. Sedekah merupakan suatu pemberian kepada orang lain. Sedekah itu suatu yang subjektif. Ramai insan masa kini yang menyalahtafsirkan erti sedekah yang sebenarnya. Sedekah bukan sahaja dari segi kewangan, memberi wang kepada orang lain, harta benda dan sebagainya. Bahkan, senyuman juga dikira sebagai sedekah. Membuang sesuatu yang menghalang di jalanan juga sedekah. Mengajarkan sesuatu yang bermanfaatkan kepada orang lain juga dikira sebagai sedekah.

 Firman Allah SWT:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya..."
(Surah al-Baqarah, ayat 261)


"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."
(Surah al-Hadiid, ayat 18)


Justeru, jadikanlah bulan Ramadan kita sebagai satu bulan yang penuh dengan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Jadikanlah ia titik permulaan untuk kita tarbiyah diri kita. Semoga kita dapat beristiqamah dalam meneruskan amalan kita sehingga pada bulan-bulan seterusnya, insya-Allah.
Wallahu'alam.

Tuesday, July 17, 2012

Countdown Ramadan





"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?"



Selamat Bertemu Ramadan : 2 hari menjelang Ramadan


Saturday, June 16, 2012

Buku : Indahnya Hidup Bersyariat


Indahnya Hidup Bersyariat 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya masih dikurniakan kesihatan dan masih lagi menulis di blog ini. Hari ini genap satu minggu saya berhijrah ke Bandaraya Kuching atau yang lebih spesifiknya di Universiti Teknologi Mara Sarawak Kampus Samarahan. Walaubagaimanapun berdirinya saya di Samarahan ini, saya dan rakan-rakan yang berpindah ke sini masih jua memegang title sebagai pelajar UiTM Kampus Mukah.
*bangga sebentar kononnya UiTM Mukah di jangka siap 2014 dan kami bakal kembali semula ke Mukah. Ye ke?


hmmmm....
teruknye.. permulaan entri saya ni mesti mengarut dulu dan lari dari topik asal. haha!

hari ni, sempat ke tHe Spring, Kuching dan singgah ke MPH Bookstores. Sekian lama sudah saya mencari buku ini INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT akhirnya kali ini saya diperjodohkan untuk memiliki buku ini. Buku ini dahuluya di perkenalkan oleh salah seorang ustaz saya.

Buku ini membicarakan perihal FARDHU AIN lengkap untuk kehidupan seharian kita.
AGAK MENARIK!
Di dalamnya terdapat juga ilustrasi bergambar yang membolehkan kita lebih memahaminya.
Sungguh tak menyesal kalau membeli buku ini daripada beli benda tak berfaedah tau!

Nanti, kalau punya kekangan masa, insya-Allah saya akan sharekan kandungan ilmu buku ini untuk kita kongsikan bersama.
*kerna ia dah disarankan sebagai bahan untuk mengisi laman web dan blogspot. apa salahnya saya gunakan kelebihan ini supaya kita tak jadi lokek ilmu? ;)


baiklah itu sahaja. jumpa lagi di entri yang akan datang. adios!

Wassalam.

nota meja : hari ni terserempak dengan kawan lama yang agak rapat dulu. UNBELIEVABLE!! kami semua dah bujang dah dara sekarang ni!! rasa nak bertemu lagilah. nak sembang lama-lama mengimbau memori. cheeeeewah!

Friday, May 11, 2012

Menariknya HIJABISTA : Edisi Pengenalan

Assalamualaikun & Salam Sejahtera

Annyeong Haseyo!!

Apa khabar semua? Cuti semester tinggal beberapa minggu lagi. Saya akan kembali menjadi pelajar. Fuhhhhh!

Nampaknya saya bakal menjadi pelajar UiTM Sarawak Kampus Samarahan. By the way, Good Bye Mukah!

Oh! Apa yang saya mencarut ini? Sedangkan entri yang di berikan 'HIJABISTA : EDISI PENGENALAN'?

This is what I mean!!!
Just ignore my Hemo. Hemo memang cute. Focus more on HIJABISTA! New magazine from KarangKraf.

Apa yang menarik pada Hijabista?

"KHAS UNTUK SI FASHIONISTA BERTUDUNG"

Kandungannya merangkumi pelbagai fesyen yang menarik yang boleh anda gandingkan dengan fesyen bertudung.

Siapa kata bertudung tak boleh berfesyen?

Semua jawapan kepada persoalan di atas anda boleh dapatkan di dalam majalah HIJABISTA!

Jadi, dapatkan keluaran pertama HIJABISTA pada JULAI 2012 nanti. :)

nota meja : saya nak berfesyen?? Tunggu saya bertukar sepenuhnya jadi TRANSFORMER!! muahaha!! hmmm... the time will come! By the way, majalah kegemaran masih AL-ISLAM, DARA.COM, REMAJA dan HIJABISTA mungkin akan jadi salah satu darinya? who knows.... hihihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...