Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Tuesday, November 22, 2011

Kursus Pra Perkahwinan Siri 1432/2011 (1)




KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 1432/2011 (1)
ANJURAN JAWATANKUASA MASJID ALJABBAR NIAH
BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM BAHAGIAN MIRI
12-11-2011 HINGGA 13-11-2011

Pada 12 November 2011 hingga 13 November 2011, pihak jawatankuasa Masjid Al Jabbar Niah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Bahagian Miri,Sarawak telah julung kalinya mengadakan satu program Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Al Jabbar NIah. Program ini memang mendapat sambutan terutamanya dari warga Niah, Bekenu, Bintulu serta Miri.

Program ini amat bermakna bagi saya walaupun masih berumur 18 tahun bukan bermakna apabila kita mengikuti kursus pra perkahwinan ini kita adalah calon-calon yang sudah punya perancangan untuk berkahwin,namun bagi saya ia adalah satu majlis ilmu di mana kita boleh mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Malahan ia juga berguna untuk suatu hari nanti. Namun begitu, objektif utama program ini ialah untuk mendidik bakal suami dan bakal isteri untuk menempuhi alam rumahtangga yang bakal ditempuh kelak.

Menurut pihak Jawatankuasa Masjid Al-Jabbar Niah, ini merupakan kali pertama dan kami merupakan peserta kumpulan pertama yag mengikuti kursus ini. Selain daripada Program Kursus ini, terdapat juga aktiviti menarik yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Al Jabbar Niah. Oleh itu, kepada sesiapa yang berdekatan area Miri-Subis-Bintulu, bolehlah menghubungi pihak Rakan Masjid Al-Jabbar di Facebook untuk mengikuti perkembangan terkini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...