Assalamualaikum and Salam One Malaysia! Feel free to look around. If you like what you read, mention us in your post or link to this site. DON'T FORGET TO LEAVE YOUR COMMENT / SUGGESTION & BE MY FOLLOWER. Hope to see you again! Enjoy yea!
Kesemua Entry yang berkaitan dengan KARYA PENULISAN di dalam blog ini hanya imaginasi penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Semua Entry di dalam blog ini adalah hak milik D'Ct Heeda. Sebarang penciplakan adalah tidak dibenarkan. Harap Maklum Terima kasih.

Peace & Love. D'Ct Heeda.

Saturday, June 16, 2012

Buku : Indahnya Hidup Bersyariat


Indahnya Hidup Bersyariat 

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya masih dikurniakan kesihatan dan masih lagi menulis di blog ini. Hari ini genap satu minggu saya berhijrah ke Bandaraya Kuching atau yang lebih spesifiknya di Universiti Teknologi Mara Sarawak Kampus Samarahan. Walaubagaimanapun berdirinya saya di Samarahan ini, saya dan rakan-rakan yang berpindah ke sini masih jua memegang title sebagai pelajar UiTM Kampus Mukah.
*bangga sebentar kononnya UiTM Mukah di jangka siap 2014 dan kami bakal kembali semula ke Mukah. Ye ke?


hmmmm....
teruknye.. permulaan entri saya ni mesti mengarut dulu dan lari dari topik asal. haha!

hari ni, sempat ke tHe Spring, Kuching dan singgah ke MPH Bookstores. Sekian lama sudah saya mencari buku ini INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT akhirnya kali ini saya diperjodohkan untuk memiliki buku ini. Buku ini dahuluya di perkenalkan oleh salah seorang ustaz saya.

Buku ini membicarakan perihal FARDHU AIN lengkap untuk kehidupan seharian kita.
AGAK MENARIK!
Di dalamnya terdapat juga ilustrasi bergambar yang membolehkan kita lebih memahaminya.
Sungguh tak menyesal kalau membeli buku ini daripada beli benda tak berfaedah tau!

Nanti, kalau punya kekangan masa, insya-Allah saya akan sharekan kandungan ilmu buku ini untuk kita kongsikan bersama.
*kerna ia dah disarankan sebagai bahan untuk mengisi laman web dan blogspot. apa salahnya saya gunakan kelebihan ini supaya kita tak jadi lokek ilmu? ;)


baiklah itu sahaja. jumpa lagi di entri yang akan datang. adios!

Wassalam.

nota meja : hari ni terserempak dengan kawan lama yang agak rapat dulu. UNBELIEVABLE!! kami semua dah bujang dah dara sekarang ni!! rasa nak bertemu lagilah. nak sembang lama-lama mengimbau memori. cheeeeewah!

Friday, May 11, 2012

Menariknya HIJABISTA : Edisi Pengenalan

Assalamualaikun & Salam Sejahtera

Annyeong Haseyo!!

Apa khabar semua? Cuti semester tinggal beberapa minggu lagi. Saya akan kembali menjadi pelajar. Fuhhhhh!

Nampaknya saya bakal menjadi pelajar UiTM Sarawak Kampus Samarahan. By the way, Good Bye Mukah!

Oh! Apa yang saya mencarut ini? Sedangkan entri yang di berikan 'HIJABISTA : EDISI PENGENALAN'?

This is what I mean!!!
Just ignore my Hemo. Hemo memang cute. Focus more on HIJABISTA! New magazine from KarangKraf.

Apa yang menarik pada Hijabista?

"KHAS UNTUK SI FASHIONISTA BERTUDUNG"

Kandungannya merangkumi pelbagai fesyen yang menarik yang boleh anda gandingkan dengan fesyen bertudung.

Siapa kata bertudung tak boleh berfesyen?

Semua jawapan kepada persoalan di atas anda boleh dapatkan di dalam majalah HIJABISTA!

Jadi, dapatkan keluaran pertama HIJABISTA pada JULAI 2012 nanti. :)

nota meja : saya nak berfesyen?? Tunggu saya bertukar sepenuhnya jadi TRANSFORMER!! muahaha!! hmmm... the time will come! By the way, majalah kegemaran masih AL-ISLAM, DARA.COM, REMAJA dan HIJABISTA mungkin akan jadi salah satu darinya? who knows.... hihihihi

Wednesday, April 4, 2012

Biarkan Ia Pergi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya biarkan kisah lalu pergi kerna kisah lalu tetap berlalu biarpun kita cari ia tetap berlalu sebab ia kisah yang akan berlalu pergi. Sejauh mana kita kejar kisah lalu itu,kisah lalu tetap tak pedulikan awak kerna kisah TETAP BERLALU. OK! KEPADA KISAH LALU SAYA YANG BERTAHUN2 LEPAS "TERIMA KASIH" SEBAB LUPAKAN SAYA. dan saya akan terus maju ke hadapan tanpa memandang kisah lalu. Kisah Lalu, ku biarkan di kau berlaluuuuu pergi!

Biarkan Ia Pergi 
by Zamani

Kisah yang dulu
Tak mungkin berulang kembali
Bukan maksud ku membiar dirimu
Dalam penantian cinta tanpa noktahnya

Dulu pernah kau bertanya
Bagaimana kesudahannya
Biarpun terluka melafaz kata-kata
Namun ku terpaksa oh...

Biarkan ia pergi
Jangan dikesalkan
Tuhan lebih mengerti
Apa yang disuratkan

Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu oh...
Walau segunung rindu
Terbuku di hatimu

Tak mungkin kembali
Cinta yang telah pergi
Lupa saja diriku
Seperti biasa kau lakukan dulu oh...

Mungkin bukan di sini hatimu
Yang cuba untuk menyata kekurangan
Kerna kusedari
Terlalu mudahnya lupa
Pada janji-janji oh...


-sekian-

Tuesday, March 27, 2012

Nikah selepas hamil?

Assalamualaikum,

Sharing is Caring.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

Wassalam.

nota meja : so kawan2 menjauhi lebih baik dari mengubati bukan?



Friday, March 23, 2012

Pepatah Lama : Bagai katak bawah tempurung, sesuaikah?


Assalamualaikum..........
Hari ini mari kita bicara tentang ....
Entah !
Aku hanya mengomel semata-mata..
Maka dengarlah...
Opsss BACALAH..
Yang baik jadi ikutan, Yang jahat jauh-jauhkanlah..
Korang ada otakkan??
FIKIRLAH!!


Ilmu itu dimana-mana.
Hanya tinggal kita untuk mengejar ilmu itu.
Kalau kita masih duduk di atas tempurung kelapa, minda kita hanya di sekitar itu sahaja.

Mengapa saya kata duduk di atas tempurung kelapa,kenapa tidak di dalam tempurung kelapa seperti kata-kata pepatah lama dahulu, SEBAB kita SEDAR sebenarnya apa yang berlaku di sekitar tapi kita masih belum lagi membuka langkah untuk maju ke hadapan!

Oleh yang demikian di zaman ini, pepatah BAGAI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG tak lagi sesuai digunakan pada zaman ini!

Sekian, Terima Kasih.


Maaf , Katak! Kau pulak jadi mangsa aku. Nanti aku bagai serangga untuk kau makan. Lepas ni pasti banyak bunyi lalat-lalat-lalat, nanti aku bagi kat kau ek!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...