Dibawah ini disediakan beberapa ciri lelaki dimana boleh digunapakai oleh perempuan untuk membuat pilihan sewajarnya... muahahhaha!
1. Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal
mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering
kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang
lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah
begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga
yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan
segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletiha ntapi sebenarnya mereka
ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi
kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu
tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya,
boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnbya!
Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu.
2. Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya
dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan
majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan
imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya susah
tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin
hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia
seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia
masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat
masa itu.
3. Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka
juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga
tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi
jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka.
Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun
tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di
satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi
sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
4. Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan
uo to date. Biarpun kadangkala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras
rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang
romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! Mereka selalunya memiliki kereta
berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap
tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan
berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidupsaja dan mustahil jika mereka
inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana
penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi
perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia
makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan
perangai playboy itu biarpun usia dah veteren!
5. Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:
Corak pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, taklah
terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain
menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatut soal
kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah
keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
6. Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara
logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting
dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan
hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang
untuk membina keluarga dalam masa terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan
dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai
pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup
selepas kerjaya.
nota meja: wahai lelaki, mana satukah anda?



